AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM218.52 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2016 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM117.28 juta tahun lepas.
Perolehan melonjak kepada RM970.67 juta daripada RM775.37 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah penumpang dan pertumbuhan dalam purata tambang asas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu telah memulakan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan asas yang melibatkan kecairan tunai, melaksanakan struktur kos yang lebih berdisiplin dan menggunakan rangkaian disatukan untuk pertumbuhan pendapatan.
"Inisiatif ini telah menghasilkan peningkatan dalam operasi teras kami.
"Pada suku pertama 2016, pasaran China menyumbang pertumbuhan tertinggi kepada operasi Malaysia AirAsia X. Perolehan dari China melonjak 49 peratus berbanding tahun ke tahun disebabkan oleh jumlah pergerakan penumpang yang meningkat manakala tambang asas naik 54 peratus berbanding tahun ke tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu mengunjur trend positif ini akan berterusan sepanjang tahun dengan pelaksanaan program pengecualian visa bagi pelancong China yang melawat Malaysia.
Thai AirAsia X juga mencatatkan jumlah muatan yang tinggi pada 88 peratus bagi laluan Bangkok-Shanghai dan baru-baru ini menambah laluan Bangkok-Shenyang kepada rangkaiannya yang semakin berkembang pada April.
AirAsia X berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya di China dengan lebih banyak laluan baru dari Malaysia dan Thailand pada tahun ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata bagi masa depan, kumpulan kekal fokus meneroka insiatif strategik untuk mengekalkan momentum pendapatan bagi pertumbuhan berterusan di Malaysia dan Thailand di samping menilai semula operasinya di Indonesia.
Persekitaran industri yang mencabar dijangka berterusan dengan ketidaktentuan dalam mata wang, kawal selia dan isu luar negara yang lain.
"Kami telah melindung nilai 100 peratus daripada keperluan bahan api syarikat bagi baki suku tahun 2016 pada purata harga bahan api jet sebanyak US$54 setong bagi laluan sedia ada yang dirancang.
"Ini secara langsung akan membolehkan kami mengurangkan kesan turun naik kos bahan api dan menguruskan kos dengan lebih baik di samping meneroka laluan baru," katanya.
Pada suku pertama 2016, perbelanjaan bahan api syarikat dikurangkan 11 peratus berikutan harga bahan api lebih rendah, yang membantu mengurangkan kos tempat duduk setiap kilometer dengan lapan peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.
Bernama
Wed May 25 2016

Pada suku pertama 2016, pasaran China menyumbang pertumbuhan tertinggi kepada operasi Malaysia AirAsia X. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.