Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia mengumumkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A321neo buatan pengeluar pesawat Perancis, Airbus.
Perjanjian tersebut melibatkan jumlah transaksi pembelian sebanyak US$12.6 bilion.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, pembelian A321neo selaras dengan matlamat syarikat itu untuk mengembangkan operasinya sambil mengekalkan kos operasi yang rendah.
“Kami harap untuk mendapatkan Airbus A32neo lebih awal. Ia adalah satu lagi langkah besar ke hadapan untuk AirAsia dalam meningkatkan kebolehan jarak penerbangan dan juga peningkatan bilangan kerusi.
“Harga yang ditawarkan Airbus tidak dapat ditandingi. Ia akan membantu ‘resipi tambang rendah’ kami pada masa hadapan,” katanya di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2016 di sini pada Selasa.
Pembelian ini mengukuhkan lagi status AirAsia sebagai pembeli pesawat siri A320 terbanyak di dunia.
Setakat ini, AirAsia telah membeli 575 unit pesawat siri itu dari Airbus.
Fernandes menambah, AirAsia juga berjaya membuktikan daya tahan model perniagaan kos rendahnya apabila berjaya mencatatkan keuntungan memasuki 2016 setelah berdepan 2015 yang mencabar.
Syarikat itu mencatatkan peningkatan muatan sebanyak 8 peratus pada suku pertama 2016.
AirAsia komited perkasa sektor tambang rendah
Sementara itu, AirAsia akan terus komited mengetengahkan pelbagai inisiatif baru bagi memperkasakan sektor penerbangan tambang rendah negara.
Menurut Fernandes, ini walaupun langkah terbaru syarikat itu untuk menukar nama klia2 tidak dapat direalisasikan.
Beliau berkata AirAsia yakin dengan potensi pertumbuhan sektor penerbangan Malaysia.
“AirAsia perlukan kos yang rendah dan kami akan berusaha mencapai matlamat kami. Terdapat peluang yang sangat besar di Negeri Sembilan, di Kuala Lumpur. Lihat apa Dubai dan Singapura telah lakukan kepada lapangan terbang besar mereka.
“Beri kami lapangan terbang tambang rendah yang berkos rendah dan kami mampu mentransformasikan KL menjadi transit destinasi membeli belah, pusat pejabat serantau,” kata Fernandes.
Astro Awani turut menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali yang turut sama berada di Pertunjukan Udara Farnborough di UK.
Tambahnya walaupun bercanggah pendapat dengan AirAsia berkenaan penukaran nama klia2, MAHB sedia membantu sebarang usaha memperkasakan sektor penerbangan tambang rendah negara.
“Mengenai klia2, apa yang kami mahukan ialah mempromosikan pelancongan dan promosi pelancongan perlu dilakukan oleh pihak penerbangan terlebih dahulu.
“Kami akan menyokong usaha ini, sama ada oleh AirAsia sebagai penerbangan tambang rendah atau Malaysia Airlines sebagai penerbangan perkhidmatan penuh di KLIA ataupun jika Malaysia Airlines ingin lakukan kategori yang berbeza untuk beroperasi di klia2 juga,” kata Badlisham.
Sementara itu, Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata kumpulan tersebut akan terus fokus ke arah memantapkan model perniagaan penerbangan tambang rendah.
“Kita tidak perlu berbalah mengenai nama dan akronim. Ia akan sentiasa menjadi KL. Apa yang kita ingin lakukan adalah untuk memberi fokus kepada menjadi terminal tambang rendah, dan bukan terminal premium seperti KLIA,” kata Rafidah.
AirAsia pada awal minggu ini mengumumkan pelbagai inisiatif baru dalam pengembangan operasi kos rendahnya.
Ia termasuk kemungkinan penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong dan kembali ke laluan London.
Malik Ridhwan, Luqman Hariz
Wed Jul 13 2016
Fernandes (dua dari kiri) bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Fabrice Bragier (dua dari kanan) memeterai pembelian pesawat A321neo di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2016 di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI / Luqman Hariz
Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.
Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.
Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.
KPDN Perak tumpas aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan
Sebanyak 393 unit sabun pencuci, disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.
More needs to be done to move up value chain
Malaysia is at a critical point in its journey towards a green transition. To overcome these barriers, Khazanah Research Institute, KRI’s latest publication, ‘Building a Sustainable Industrial Base: Malaysia’s Green Transition’ offers practical policy recommendations to drive innovation, expand high-tech industries, and foster inclusive rowth for all communities, including the Orang Asli. Full discussion with Research Associate of Khazanah Research Institute (KRI).
JS-SEZ mampu jadi hab strategik dengan ketersambungan global
MIDF Amanah Investment Bank Bhd berpendapat bahawa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi hab strategik berdasarkan sambungannya ke pelabuhan Johor dan Singapura, yang menyediakan ketersambungan serantau serta global.
Fokus Tarif dan Dasar Industri di Penggal Kedua Trump
Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump, dengan cabaran besar dalam hubungan AS-China.
AWANI Ringkas: Ekonomi | Isu Kenderaan Berat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Unit pajakan AirAsia dapat 30 peratus daripada tempahan A321neo
Asia Aviation Capital Ltd berkata ia menjangka menerima 30 daripada 100 pesawat Airbus A321neo bagi operasi pajakannya.
AirAsia umum pembelian 100 unit Airbus A321neo
AirAsia mengumumkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A321neo buatan pengeluar pesawat Perancis, Airbus.