KUALA LUMPUR: AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.
Ini berserta langkah-langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan yang tertinggi menjelang pembukaan perjalanan udara yang dijangka diumumkan dalam waktu terdekat, kata beliau.
"Kami bersedia untuk kembali terbang dan sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang ketat, kami mewajibkan semua kakitangan operasi dan barisan hadapan seperti juruterbang, kru kabin dan kakitangan lapangan terbang divaksin sepenuhnya sebelum kembali bertugas," kata Fernandes dalam satu kenyataan.
Beliau menambah dengan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat serta prosedur operasi standard yang mantap, keseluruhan perjalanan para penumpang akan lebih terjamin apabila mereka kembali terbang bersama AirAsia nanti.
"Lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mula membuka pintu kepada para pelancong yang telah divaksin. Selaras usaha mempercepatkan proses vaksinasi di ASEAN, kita berharap negara-negara ini akan melonggarkan sekatan perjalanan terhadap para pelancong yang telah divaksinasi untuk perjalanan domestik dan antarabangsa serta meneruskan rancangan gelembung perjalanan.
"Dengan proses vaksinasi yang agresif di semua pasaran utama, berserta ujian saringan yang semakin dipertingkat dan penyebaran maklumat yang lebih tepat, kemelut pandemik ini semakin jelas menuju penghujungnya dan saya yakin kita akan dapat kembali terbang dalam beberapa minggu lagi. Apa yang paling penting, kami telah bersiap sedia sepenuhnya untuk berlepas," katanya.
Menurut kenyataan itu, keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan AirAsia Group, menjadikannya salah sebuah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselamatan COVID-19 yang dilaksanakannya sejak pandemik bermula.
Bagi meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh prosedur di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui platform airasia super app dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik untuk mengelakkan bayaran perkhidmatan di kaunter.
AirAsia turut menyediakan pelbagai pilihan pembayaran secara digital dan menerima pas masuk elektronik di semua lapangan terbang.
Kemudahan daftar masuk kendiri baharu membolehkan para tetamu mengesahkan dokumen perubatan dan kesihatan yang diperlukan secara automatik dalam talian sebelum mereka menuju ke lapangan terbang.
AirAsia juga dalam proses untuk melancarkan teknologi pengecaman wajah biometrik di lapangan terbang utama, bermula dengan klia2 dalam masa terdekat.
AirAsia turut mengintegrasikan sistem daftar masuk melalui airasia super app dengan aplikasi kesihatan digital MySejahtera oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan prosedur daftar masuk kendiri lebih mudah dan lancar.
"Di sebalik semua ketidakpastian berikutan COVID-19, saya yakin kami akan kembali terbang dengan model perniagaan lebih luas dan berdaya maju yang tidak hanya bergantung pada tambang penerbangan sahaja kerana transformasi digital kami untuk menjadi super app pilihan Asean semakin menjadi kenyataan," tambah Fernandes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021

Dengan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat serta prosedur operasi standard yang mantap, keseluruhan perjalanan para penumpang akan lebih terjamin apabila mereka kembali terbang bersama AirAsia nanti. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

AirAsia sedia kembali terbang dengan tahap keselamatan, kebersihan tertinggi
AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Airasia super app lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Airasia super app yang sebelum ini dikenali sebagai airasia.com, melantik Amanda Woo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa 19 Mei, 2021.

Kementerian Kewangan nafi lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia
Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan
Kenyataan menteri penerbangan India baru-baru ini bahawa AirAsia India akan menutup operasinya telah mengetengahkan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan tambang rendah berusia enam tahun itu.

Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

AirAsia CEO says talks about opening Myanmar airline 'have stopped'
Talks between AirAsia Group Bhd and a partner to open an airline in Myanmar have stopped, the group's chief executive told reporters on Tuesday.