Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.
Sehingga pukul 10 pagi, AirAsia Group merosot enam sen atau 4.69 peratus kepada RM1.22 dengan 24.07 juta saham bertukar tangan, manakala AirAsia X susut setengah sen atau 4.17 peratus kepada 12 sen dengan 7.89 juta saham diniagakan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, AAGB berkata, Pengerusi Eksekutif, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan itu, berkuat kuasa serta-merta, berikutan siasatan tersebut.
"Atas cadangan jawatankuasa, Tharumalingam Kanagalingam dilantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB," katanya.
Kamarudin dan Fernandes akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB.
Dalam kenyataan berasingan semalam, kedua-dua mereka menafikan dakwaan salah laku sebagai pengarah di AirAsia.
Mereka berkata Perjanjian Pendakwaan Tertunda Airbus dan kandungannya dicapai tanpa sebarang rujukan kepada mereka.
"Tiada sebarang penjelasan yang diminta daripada kami. Ini jelas melanggar prinsip undang-undang asas keadilan. Kami tidak akan menjejaskan syarikat yang kami bina sepanjang hayat kami sehingga ia menjadi syarikat berstatus global.
"Oleh itu, untuk memudahkan siasatan penuh dan bebas oleh AirAsia, kami melepaskan jawatan eksekutif kami berkuat kuasa serta-merta untuk tempoh dua bulan, atau tempoh lain yang mungkin difikirkan sesuai oleh syarikat," kata mereka.
Bagaimanapun, Kamarudin dan Fernandes berkata, mereka akan terus membantu AirAsia sebagai penasihat apabila diperlukan dan mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak berkuasa.
"Kami akan memberikan kerjasama kami yang sepenuhnya," kata mereka.
BACA: Tony Fernandes, Kamarudin Meranun lepas jawatan selama 2 bulan, Bo Lingam pemangku CEO AirAsia
BACA: Dakwaan rasuah AirAsia: Apa seterusnya?
Laporan berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan eksekutif AirAsia turut melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengenai perkembangan lain, MIDF Research menurunkan penarafan AAGB kepada 'neutral' daripada 'beli' susulan lebih banyak andaian kapasiti yang konservatif, berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV), selain kebimbangan mengenai siasatan rasuah yang didakwa itu.
Kapasiti AAGB ke China kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan kapasiti.
AAGB baru-baru ini mula melindung nilai keperluan bahan apinya berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah Brent di bawah AS$60 setong.
Firma penyelidikan itu menyemak semula harga sasaran kepada RM1.20 daripada RM1.86 sesaham. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020

Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

AirAsia sedia kembali terbang dengan tahap keselamatan, kebersihan tertinggi
AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Airasia super app lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Airasia super app yang sebelum ini dikenali sebagai airasia.com, melantik Amanda Woo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa 19 Mei, 2021.

Kementerian Kewangan nafi lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia
Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan
Kenyataan menteri penerbangan India baru-baru ini bahawa AirAsia India akan menutup operasinya telah mengetengahkan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan tambang rendah berusia enam tahun itu.

Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

AirAsia CEO says talks about opening Myanmar airline 'have stopped'
Talks between AirAsia Group Bhd and a partner to open an airline in Myanmar have stopped, the group's chief executive told reporters on Tuesday.