AirAsia dan AirAsia X menawarkan kempen promosi selama tiga hari, "#AirAsiaDanceToFly", ke semua destinasi, yang menawarkan kadar tambang dari serendah RM499 untuk satu hala termasuk semua - cukai dan fi.
Dalam kenyataan, AirAsia X berkata promosi itu sah bagi tempahan mulai hari ini hingga 2 April dan bagi perjalanan mulai hari ini hingga 30 Sept.
Katanya, kempen tersebut susulan daripada krew kabin AirAsia X, Assraf Nasir, yang meraih populariti dalam talian selepas videonya menari di dalam pesawat A330 yang kosong tersebar di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berharap semua penumpang merebut tambang rendah yang ditawarkan untuk melakukan perjalanan dengan krew AirAsia X yang menyeronokkan.
"Dunia telah menikmati video beliau yang menarik itu dan kini giliran anda untuk menunjukkan langkah anda," katanya.
BACA: Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Sempena promosi tersebut, AirAsia X menawarkan hadiah bagi penyertaan video paling kreatif meniru gerak tarian Assraf yang terbaik, dengan dua tiket penerbangan pergi balik percuma ke Honolulu, Hawaii, melalui peraduan media sosial dari 3-9 April.
Katanya, pemenang akan menerima dua tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, tidak termasuk cukai, fi dan perkhidmatan pilihan.
Bagi menyertainya, orang ramai perlu menghasilkan video tarian tanpa audio selama 15 saat, memuat naiknya ke Instagram dengan hashtag #AirAsiaDanceToFlyMY sebelum 11.59 malam pada 9 April, dengan kapsyen menyatakan sebab mereka patut menang.
Nama pemenang akan diumumkan di saluran media sosial rasmi AirAsia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2017
AirAsia X menawarkan hadiah bagi penyertaan video paling kreatif meniru gerak tarian Assraf yang terbaik.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Tampil kurus, Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus.
Pasukan perubatan peribadi Agong rawat dua mangsa kemalangan motosikal
Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.
Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.
Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.
Gangguan IT Global: AirAsia turut terkesan, daftar masuk terjejas
Susulan gangguan siber yang berlaku di seluruh dunia, AirAsia juga mengesahkan turut terkesan dengan gangguan siber tersebut.
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.