Genap setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, ramai memuji usaha Jabatan Kastam untuk memastikan pergerakan lancar bagi GST.
Berikut lima fakta mengenai GST selepas setahun pelaksanaan:
1) Aduan berkurangan
Jumlah aduan mengenai GST menurun secara mendadak selepas setahun pelaksanaannya.
Menurut Pengarah Hernancres Tax Consultancy Sdn Bhd, Desmond Anil, ini menandakan masyarakat dan perniagaan di Malaysia kini lebih memahami pelaksanaan GST.
"Masyarakat kini menerima model GST dengan lebih baik dan mereka turut memahaminya.
"Pengguna dan peniaga telah berusaha untuk memahami model ini dan kastam turut melakar pelan pelaksanaan yang berjaya," kata Desmond.
2) Tiga tahun dijangka diperlukan bagi kelancaran pelaksanaan GST
Desmond turut membayangkan pelaksanaan GST di Malaysia masih berdepan tempoh sukar.
Beliau menjangka GST akan berjalan lancar hanya selepas tiga tahun.
Dalam masa 17 bulan sebelum pelaksanaan GST pada 2015, Jabatan Kastam telah mengadakan banyak program untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadapnya.
Tambah beliau, Jabatan Kastam dan peniaga harus bekerjasama untuk merapatkan jurang komunikasi supaya memahami kekurangan dan kelebihan GST.
Ini seterusnya akan menambah baik pelaksanaan cukai tersebut.
3) 400,000 syarikat berdaftar bagi GST setakat 2015
Terdapat 400,000 syarikat berdaftar bagi GST setakat akhir 2015.
Desmond berkata angka ini tidak melihat peningkatan mungkin disebabkan kekurangan kesedaran oleh syarikat di Malaysia.
"Kebanyakkan daripada mereka takut dengan kerja-kerja yang melibatkan pematuhan yang tinggi," kata Desmond.
Beliau turut berkata terdapat banyak manfaat jika syarikat berdaftar bagi GST.
Manfaat utama bagi pengguna serta peniaga ialah ketelusan yang sentiasa perlu dipatuhi syarikat berdaftar.
4) Pengguna tetap berhati-hati dengan perbelanjaan
Biarpun selepas setahun pelaksanaan GST, pengguna kekal berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen dalam kalangan pengguna ini dijangka berterusan.
Ketika ini katanya, kadar inflasi setakat Februari 2016 dilihat tinggi pada kadar 4.2 peratus.
"Kita lihat juga Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang dikeluarkan pihak MIER pada suku keempat tahun lepas telah merudum 63.4 mata.
"CSI berada pada paras terendah dan dari situ juga kita boleh dapat menjangkakan bahawa sentimen para pengguna sangat lemah pada ketika ini," kata Afzanizam.
5) Sasaran GST 2016
Dalam masa yang sama, kerajaan turut sasar mengutip RM39 billion hasil GST tahun ini, berbanding RM27 bilion yang dicatatkan pada 2015.
Pemerhati dan pakar ekonomi melihat pelaksanaan GST sebagai pembantu menampan hasil kerajaan yang terkesan akibat kejatuhan harga minyak mentah global.
Nurulhana Ismail, Pritha Manivannan
Fri Apr 01 2016
![5 fakta setelah setahun pelaksanaan GST 5 fakta setelah setahun pelaksanaan GST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459504377_GST.jpg)
Kerajaan menyasarkan mengutip RM39 bilion hasil GST bagi tahun 2016.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-10/51508838005_GST.jpg)
Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.
![IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611805903_IDEAS.jpg)
IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.
!['GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM 'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653709174_PMIsmailSabrilaw.jpg)
'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST, sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
![Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611831189_TengkuZafrul.jpg)
Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.
![LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598246928_KetuaAuditNegara.jpg)
LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera.
![Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536183305_limguaneng.jpg)
Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng
Guan Eng berkata amat menghairankan apabila Najib sebelum ini tidak pernah merungut ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
![SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81535899860_DSWanAzizah.jpg)
SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil dana tersebut untuk pembangunan negara.
![Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61504079990_LHDN.jpg)
Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM
Datuk Seri Subromaniam Tholasy menegaskan lebih banyak tindakan akan diambil susulan penipuan tersebut yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan.
![Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477044859_NajibRahsiaBesar.jpg)
Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
![Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017 Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459507209_GST.jpg)
Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017
Johari berkata GST dan pelan rasionalisasi subsidi penting untuk memastikan defisit fiskal negara mencapai sasaran 3.1 peratus bagi tahun ini.