1Malaysia Development Bhd (1MDB) menghormati sepenuhnya hak Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membatalkan kebenarannya yang terdahulu dan mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan patut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Keputusan ini diambil walaupun Pejabat Peguam Negara mengesahkan tidak ada kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB.
"1MDB bersedia bekerjasama dengan BNM, bagi menangani kebimbangan mereka dan mencari penyelesaian yang berdaya maju kepada perkara yang tertangguh ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Menurut 1MDB, sejak siasatan BNM dimulakan pada Jun 2015, pengurusan dan lembaga pengarahnya telah memberi kerjasama yang menyebabkan kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Selain menyerahkan jawapan bertulis dan berkongsi dokumen, anggota lembaga pengarah 1MDB, kakitangan semasa dan bekas kakitangan telah ditemu bual BNM, dengan kenyataan saksi direkod secara terperinci.
BNM menjelaskan pada Jumaat yang ia telah mencadangkan prosiding jenayah kepada Pejabat Peguam Negara atas alasan "...pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap maklumat penting..." dan bukan kerana pengubahan wang atau dakwaan perbuatan jenayah sebagaimana ditonjolkan media dan ahli politik pembangkang tertentu.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara sebagai pihak berkuasa yang sah untuk perkara seumpama itu, telah memutuskan 'tidak ada kesalahan dilakukan oleh pegawai 1MDB' dan mengarahkan supaya 'tiada tindakan selanjutnya perlu diambil'.
Tanpa mengambil kira arahan Pejabat Peguam Negara ini, BNM telah mengeluarkan arahan supaya 1MDB membawa balik wang berjumlah US$1.83 bilion.
Ia adalah berkaitan kebenaran tertentu yang diberikan BNM antara 2009 dan 2011 untuk 1MDB membuat pelaburan di seberang laut.
"Ia penting untuk menjelaskan yang kebenaran terbabit, ketika diberikan, tidak memerlukan dana-dana itu dibawa pulang.
"Selain itu, penggunaan dana terbabit telah diterangkan secara terperinci dalam nota kepada kenyataan kewangan 1MDB yang boleh diperoleh orang ramai bertarikh 31 Mac 2009 hingga 3 Mac 2014," katanya.
Pelaburan seberang laut bernilai US$1.83 bilion itu adalah berkaitan pelaburan pinjaman ekuiti dan murabahah dalam usaha sama dengan PetroSaudi pada 2009 hingga 2011, yang akhirnya ditukar pada September 2012 kepada unit dana bernilai US$2.318 bilion.
Sebagaimana diterangkan sebelum ini oleh 1MDB kepada BNM, sejumlah US$2.318 bilion telah ditebus pada 2014 dan 2015, dengan hasilnya sebahagian besar telah digunakan.
Baki US$940 unit dana itu telah dijamin oleh Aabar dan telah diketepikan untuk 'hutang bagi pertukaran aset' dengan syarikat induk bertaraf 'AA', IPIC, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB.
Oleh itu adalah jelas yang jumlah asal US$1.83 bilion sama ada telah dibelanja atau diketepi untuk pengaturan penyelesaian hutang, yang akan menyebabkan pengurangan besar hutang 1MDB, berdasarkan pelan rasionalisasi itu.
1MDB juga berkata, ia telah bersusah payah memberikan beberapa penjelasan bertulis dan lisan mengenai fakta terbabit kepada BNM antara Jun dan akhir September 2015.
Bernama
Fri Oct 09 2015
![1MDB hormati hak BNM untuk batalkan kebenaran terdahulu 1MDB hormati hak BNM untuk batalkan kebenaran terdahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437881732_ONEMDB.jpg)
1MDB berkata ia bersedia bekerjasama dengan BNM, bagi menangani kebimbangan mereka dan mencari penyelesaian yang berdaya maju kepada perkara yang tertangguh. - Gambar Fail
![Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723337406_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Ogos 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
Penganjuran King of Kemensah Trail masuk edisi ke-10
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
Penganjuran King of Kemensah Trail masuk edisi ke-10
AWANI Pagi: Edisi Ke-10 HOKA King of Kemensah Trail Tarik 2,000 Peserta
HOKA King of Kemensah Trail, acara larian denai ikonik di Malaysia, kini edisi ke-10, menarik 2,000 pelari dari 21 negara. Laluan mencabar dan pemandangan indah menanti peserta.
AWANI Ringkas: Protes anti perkauman di UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Terokai rahsia seni wau di Perlis
Terokai seni pembuatan wau tradisional di Perlis bersama Pak Non, seorang pakar yang mendedikasikan hidupnya untuk memelihara warisan ini melalui bengkel DIY, di mana anda boleh belajar membuat wau sendiri sambil menikmati keindahan budaya di negeri Perlis bersempena tahun melawat Perlis 2024/2025.
![Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721634913_MohamadHasan.jpg)
Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos
Mesyuarat EOL merupakan mekanisme dua hala yang dipengerusikan bersama Mohamad dan rakan sejawatnya Datuk Seri Erywan Pehin.
![Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723336239_CaoYuan.jpg)
Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki
Penerjun China Cao Yuan berjaya mempertahankan gelaran Olimpiknya dalam acara 10m platform lelaki pada Sabtu.
!['AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin' 'AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723333084_GazaCityschool.jpg)
'AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin'
Presiden Palestin menyalahkan kerajaan AS terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin.
![Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481462_TBSUKMA.jpg)
Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.
Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika minggu depan
Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS minggu depan, disokong sentimen positif menjelang pengumuman data KDNK Malaysia dan IHP Amerika Syarikat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
!['Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo 'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710497419_MDB.jpg)
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
![Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706609177_TBNajibjpg.jpg)
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704716766_NajibTunRazak.jpg)
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
![Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
![Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
![Muhyiddin titipkan doa buat Najib Muhyiddin titipkan doa buat Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698991918_MuhyiddinNajib.jpg)
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.