Penghargaan tersebut diberikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
- Jeiwa Global Resources
- Alpine Utility Services Sdn Bhd
- Azad Food Industries Sdn Bhd
- Medini Care Synergy
- Industri Makanan D Sanjung Sdn Bhd
- DF Automation & Robotics Sdn Bhd
- Naseh Mega Enterprise
- Otak-Otak Mr. Noh (Johor Bahru) Sdn Bhd
- AZ Motorsport
- NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd
“Kejayaan mereka diukur termasuk peningkatan jualan dan pendapatan, jumlah pekerja, hasil eksport dan adaptasi penggunaan teknologi. Hampir 2000 PKS di seluruh negara berjaya dibantu menerusi program ini.
“MEDAC juga ingin melihat lebih PKS termasuk perusahaan mikro, koperasi, usahawan sosial, pemula (startup) dan usahawan informal terus dibantu dari segi pembiayaan, pembangunan keupayaan dan latihan supaya pemulihan dan kelestarian operasi perniagaan dapat berjalan dengan pantas dan sistematik,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi menambah, sepuluh buah syarikat itu turut menerima pembiayaan bernilai RM24.5 juta dan secara keseluruhan bagi negeri Johor mencatatkan pembiayaan bernilai RM209 juta melibatkan 197 PKS melalui dua cawangan SME Bank pada 2020.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim berkata, sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), pihaknya komited memartabatkan ekonomi PKS dan membantu merancakkan semula ekonomi negara.
“Seiring mandat yang diberikan oleh kerajaan, kami akan terus membantu dengan menyediakan perkhidmatan melangkaui pembiayaan atau beyond financing dan menjadi peneraju dalam penciptaan nilai ekosistem PKS bagi memacu agenda pembangunan PKS negara.” ujarnya.
Sejak ditubuhkan pada 2005, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM34 bilion kepada lebih 19,000 pelanggan.
Anak syarikat dibawahnya pula, CEDAR (Centre For Entrepreneur Development and Research) telah melatih lebih 59,000 peserta dalam pelbagai program pembangunan usahawan.