Kakitangan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dan juga kumpulan masyarakat hari ini melancarkan sebuah portal yang memberikan maklumat terkini berkembangan banjir di Pantai Timur dari media nasional.

Inisiatif komuniti itu turut melaporkan yang terkini dari media sosial menerusi hashtag #mybanjir.

Laman web www.mybanjir.com antara lain menyenaraikan nama-nama badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan juga swasta yang terlibat dengan misi bantuan banjir Pantai Timur yang sedang berlangsung ketika ini.

Pihak AstroAwani.com akan bekerjasama dengan laman web www.mybanjir.com untuk memberikan laporan terkini dari portal ini.