Kerajaan akan mengeluarkan sejumlah peruntukan yang besar bagi membina kira-kira 300 buah kediaman di Gua Musang, untuk mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal.
Sebelum ini, kerajaan mengemukakan dua model rumah bagi pembinaan semula rumah yang rosak sepenuhnya akibat banjir.
Rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu berkonsepkan rumah atas tanah dan satu lagi, beralas tiang setinggi 8 kaki akan dimajukan kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, berkata bagi daerah Gua Musang, kerajaan akan melaksanakan program pembinaan rumah yang menelan belanja RM45,000 hingga RM48,000 seunit.
Katanya, tapak pembinaan rumah di beberapa kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Galas Dan Nenggiri telah dikenal pasti.
Tambah Nozula, ketika ini pihaknya juga merancang sebuah lagi penempatan baharu di atas tanah seluas 40 hektar bagi menampung pembinaan 100 buah rumah.
Bagaimanapun, menurut Nozula, kelulusan tanah tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya sedang membuat rundingan bagi menyelesaikan masalah penempatan kekal.
Projek penempatan tersebut akan menumpukan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada penduduk seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.
Astro Awani
Sun Jan 25 2015
Kerajaan akan melaksanakan program pembinaan rumah yang menelan belanja RM45,000 hingga RM48,000 seunit. - Gambar Fail
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
15 rumah, Madrasah As Solihin di Sik terjejas akibat banjir kilat
Banjir berlaku disebabkan hujan lebat tanpa henti selama dua jam menyebabkan air Sungai Belantik Dalam melimpah.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.