Kira-kira 10,000 orang penduduk dari lapan buah kampung di Kudat, Sabah, menarik nafas lega, selepas banjir yang berlaku sejak tengah hari tadi, semakin surut malam ini.
Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak, Kampung Korina, Kampung Tamalang, Kampung Sikuati, Kampung Barambangon, Kampung Andap Jawa dan Kampung Pangaraban.
Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim berkata hanya Kampung Korina sahaja yang belum ada penduduk yang dipindahkan ekoran paras air Sungai Korina yang masih rendah iaitu pada 2.49 meter.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di pekan Pitas sedikit meningkat malam ini iaitu kepada 131 orang daripada 39 buah keluarga berbanding 103 orang daripada 33 buah keluarga petang tadi.
Pegawai Daerah Pitas Bubudan Oti Majalu berkata semua mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan banjir iaitu di Sekolah Kebangsaan Rukom dan Dewan Kampung Sinukab.
"Pihak kami kini dalam langkah berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti kawasan dilanda banjir yang memerlukan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya.
Sementara itu, banjir di beberapa negeri lain tidak menunjukkan perubahan seperti di Kelantan, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti petang tadi dengan 1,415 daripada 343 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di PAHANG, jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan turut tidak berubah di mana jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata terdapat 930 orang di tiga pusat pemindahan di Temerloh.
Di PERAK pula, jumlah mangsa banjir sedikit menurun iaitu daripada 1,918 petang tadi kepada 1,689 orang malam ini yang terdiri daripada 458 keluarga.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata terdapat 1,472 orang mangsa di Perak Tengah, Hilir Perak (183 orang), Hulu Perak (34 orang) dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir.
Sementara di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri menyatakan sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang masih berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap, Segamat, sehingga malam ini.
Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan FT 62 Jalan Pekan Tajau-Bandar Jengka, Maran yang ditutup sejak 11 Januari lepas kerana mendap, kini kembali dibuka untuk lalu lintas.
"Kerja pembaikan telah dilaksanakan menggunakan kaedah pemasangan jambatan 'bailey', dan laluan itu mula dibuka 7 malam ini dan disahkan selamat untuk pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Bernama
Wed Jan 14 2015
![10,000 penduduk di Kudat lega banjir semakin surut 10,000 penduduk di Kudat lega banjir semakin surut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71421250225_295x200.jpg)
Jumlah mangsa banjir di pekan Pitas sedikit meningkat malam ini iaitu kepada 131 orang daripada 39 buah keluarga berbanding 103 orang daripada 33 buah keluarga petang tadi. - Gambar Fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673062493_ShafieApdal.jpg)
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
![Lebih 1,600 hilang tempat tinggal, 179 rumah atas air terbakar di Kudat Lebih 1,600 hilang tempat tinggal, 179 rumah atas air terbakar di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645061851_Lebihpenduduk.jpg)
Lebih 1,600 hilang tempat tinggal, 179 rumah atas air terbakar di Kudat
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 4.26 petang itu.
![Sembilan menara komunikasi baharu tingkat capaian internet di Sabah Sembilan menara komunikasi baharu tingkat capaian internet di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627448681_SembilanMenaraTe.jpg)
Sembilan menara komunikasi baharu tingkat capaian internet di Sabah
Sembilan menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang beroperasi sejak 15 Jun lepas memberi manfaat kepada 6,520 penduduk di Kudat dan Pitas.
![COVID-19: Sabah rekod empat lagi kluster baharu libatkan tempat kerja, komuniti COVID-19: Sabah rekod empat lagi kluster baharu libatkan tempat kerja, komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626945562_MasidiManjun.jpg)
COVID-19: Sabah rekod empat lagi kluster baharu libatkan tempat kerja, komuniti
Sabah merekodkan empat lagi kluster baharu COVID-19, dengan tiga daripadanya melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja manakala satu jangkitan komuniti.
![APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614935013_nelayanvietnamcero.jpg)
APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam
Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.
![Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610447667_BanjirSabah.jpg)
Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah
Seramai 1,765 penduduk di empat daerah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran rumah mereka dinaiki air setakat pukul 4 petang Selasa.
![Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610364797_PPSbanjirkilat.jpg)
Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah
Hujan lebat yang turun sejak malam Ahad dan berlarutan sehingga pagi Isnin telah menyebabkan banjir kilat di tiga daerah di Utara Sabah.
![PKPD tiga kawasan di Kudat dilanjutkan hingga 26 November PKPD tiga kawasan di Kudat dilanjutkan hingga 26 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605170613_PKPDKajang.jpg)
PKPD tiga kawasan di Kudat dilanjutkan hingga 26 November
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang.
![PKPD tiga lokaliti di Kudat dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP PKPD tiga lokaliti di Kudat dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604737628_PKPDDIKAMPUNGHAJI.jpg)
PKPD tiga lokaliti di Kudat dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (12 November 2020).
![Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-08/41504162996_hujan.jpg)
Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga Isnin (2 Nov).