Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan pantai timur Semenanjung dan barat Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Ribut tropika itu berlaku kira-kira 325km ke timur laut Da Nang, Vietnam.
Berdasarkan pencerapan pada 5 petang, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum 111 km/j.
-- BERNAMA
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri
Ia dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak bermula Khamis hingga Sabtu.