Pendakwaan terhadap tiga atlet bola baling SUKMA, atas tuduhan merogol mencuri tumpuan laporan media arus perdana minggu ini.
Tertuduh Megat Farzeril Megat Razali, Muhammad Shaizzad Md Shafie dan Adib Adha Ismail didakwa merogol seorang wanita berusia 20 tahun yang juga penolong pegawai pengiring pasukan, di sebuah bilik di Blok Enggang, Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia, UPM.
Mereka didakwa di tiga mahkamah sesyen Petaling Jaya, secara berasingan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob.
Sebutan bagi kes ini, ialah pada 20 Ogos depan.
Insiden ini jelas, menggemparkan pemerhati sukan tempatan dan juga membuktikan, kawalan keselamatan perlu ditingkatkan ketika temasya Sukma berlangsung.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit apabila beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukma.
"Mereka telah minum minuman tersebut di gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini," katanya.
Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu "post-mortem" segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.
Saranan Khairy pantas disahut MSN, apabila Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong dengan penubuhan jawatankuasa siasatan khas.
Selaku bekas wartawan yang pernah membuat liputan temasya Sukma sebelum ini, saya tidak menafikan,
terdapatnya kelemahan daripada aspek keselamatan yang mampu merintis kemungkinan untuk perkara yang tidak diingini terjadi.
Temasya ini perlu menjadi medan terbaik menonjolkan atlet berpotensi dan bukannya, tempat berlakunya perkara tidak diingini terhadap atlet, mahupun pegawai pasukan.
Diharapkan insiden yang berlaku ini, dijadikan iktibar kepada semua pihak terlibat.
Fadzrie Hazis
Sun Jul 14 2013
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kesegaran Bahasa Melayu di selatan Thai
Melihat usaha memperkasakan Bahasa Melayu di selatan Thai dan usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai peneraju membangunkan bahasa dan istilah ditubuhkan di Pattani.
Terlebih Mesir, terlupa Palestin
Gelora di Mesir membuka mata semua pihak. Ia turut membawa sama pelbagai reaksi dari seluruh dunia, termasuk negara ini.
Mahasen gagal selesai isu Rohingya
Taufan Mahasen yang melanda Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka diharapkan menjadi pembuka mata konflik etnik Rohingya.
Elak Perang Nuklear
Azlinariah Abdullah melihat kemelut di Semenanjung Korea ketika dunia tertanya-tanya akan berlakukah perang nuklear?
Kolum dapat berikan pandangan Alternatif - Marina
Kolum di akhbar memberi peluang kepada pembaca mendapatkan pandangan berlainan dan menggalakkan pertukaran pendapat dan tidak menutup ruang untuk seseorang melahirkan pandangan.