META dilapor sedang merancang untuk membangunkan kabel dasar laut keliling dunia yang menghubungkan semua pengguna, sepanjang lebih 40,000 kilometer.


Ringkasan AI
  • Meta merancang untuk membangunkan kabel dasar laut sepanjang lebih 40,000 kilometer yang menghubungkan pengguna di seluruh dunia, dengan kos lebih AS$10 bilion.
  • Meta kini menggunakan sekitar 10% trafik talian tetap dan 22% trafik mudah alih global melalui aplikasi mereka seperti Facebook, Instagram, Threads, dan WhatsApp.
  • Pembangunan dan pelaburan dalam kecerdasan buatan dijangka meningkatkan penggunaan trafik, mendorong Meta untuk membangunkan infrastruktur mereka sendiri.
  • Perancangan ini dijangka diumumkan pada awal 2025 dan mungkin mengambil masa bertahun untuk beroperasi sepenuhnya.


Projek ini dijangka memerlukan lebih AS$10 bilion untuk melaksanakannya. Meta dijangka menjadi pemilik dan pengguna untuk kabel dasar laut berkenaan.

Untuk makluman, pada hari ini, Meta menggunakan sekitar 10% trafik talian tetap, dan 22% trafik mudah alih di seluruh dunia melalui aplikasi Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp.

Pembangunan dan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dilihat akan meningkatkan lagi kadar penggunaan trafik oleh pengguna seluruh dunia, membuatkan Meta untuk membangunkan infrastruktur mereka tersendiri untuk menampung trafik internet.

Meta dijangka melakukan perkongsian perancangan ini pada awal 2025 kelak, dan mungkin mengambil masa bertahun sebelum beroperasi sepenuhnya. -Amanz