Usianya sahaja sudah hampir dua dekad dan tidak lama lagi ia tidak lagi menemui pengguna dunia kerana ia bakal digantikan dengan sistem operasi baharu. Itulah pelayar web Internet Explorer (IE).
Microsoft telah mengesahkan bahawa pada tahun ini, pelayar baharunya yang kini masih menggunakan nama kod Project Spartan, akan diperkenalkan. Microsoft tidak lagi menggunakan nama IE.
“Kami sekarang ini sedang menjalankan penyelidikan mengenai jenama atau nama baharu yang akan ditawarkan dalam Windows 10,” kata Ketia Pemasaran syarikat berkenaan, Chris Capossela.
IE pernah mendominasi pasaran dan memiliki lebih daripada satu bilion pengguna namun lama-kelamaan ia gagal menyaingi pelayar Firefox dan Google Chrome. Kedua-dua pelayar itu dilancarkan dengan fungsi teknologi yang lebih pantas dan pakej reka bentuk lebih menarik.
Microsoft dipercayai mahu ‘melupakan’ jenama IE bagi memadamkan sama sekali persepsi negatif yang diterimanya sepanjang IE beroperasi. Selama ini, perisian berkenaan disifatkan sebagai perlahan dan mempunyai pelbagai masalah keselamatan.
Seorang pengguna telah secara berjenaka mengingatkan orang ramai tentang IE melalui akaun Twitternya dengan menyatakan: “Masih ingat pada IE? Itulah pelayar web yang selama ini kalian gunakan untuk memuat turun pelayar web lain.”
Berikut adalah pelbagai reaksi humor daripada pengguna media sosial di seluruh dunia tentang pelayar tersebut:
Astro Awani
Fri Mar 20 2015
Microsoft sedang menjalankan penyelidikan mengenai jenama atau nama baharu yang akan ditawarkan dalam Windows 10. - Gambar hiasan
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer?
Microsoft mahu melupakan jenama IE bagi memadamkan sama sekali persepsi negatif yang diterimanya sepanjang pelayar web itu beroperasi.
10 ciri-ciri Mozilla yang anda perlu tahu
Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad, Mozilla bakal mengeluarkan telefon pintar dengan sistem operasi Firefox OS di Malaysia.
Telefon pintar $25 oleh Mozilla boleh laris di Malaysia - pakar IT
Telefon pintar berharga $25 yang bakal dikeluarkan Mozilla disambut baik oleh pakar IT tempatan kerana ia bakal membuka pasaran yang baharu.