Pengelakan Husam Musa untuk tidak bertembung dengan 'saing' senegerinya Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) bagi merebut jawatan timbalan presiden PAS yang akan dilangsungkan minggu depan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap ahli dan penyokong PAS Kelantan.
Keputusan Husam itu tidak boleh dilihat ia sebagai sebuah takdir, tetapi perlu diamatinya dengan penuh kejernihan dan menggali akan akar hikmahnya. Bagi pemerhati, tindakan Husam itu satu pengorbanan kecil yang perlu dinilai dan diucapkan terima kasih kepadanya, terutama oleh Nik Amar.
Dalam hal ini walaupun agak kekok untuk Husam berbuat demikian tetapi beliau telah meletakkan sesuatu yang sangat bernilai untuk PAS Kelantan dan negerinya.
Mereka (orang PAS) yang sayang kepada kerajaan PAS Kelantan dan ingin melihat kerajaan itu berusia panjang kena mengalu-alukan langkah Husam itu tanpa menempelkan dengan berbagai konotasi hodoh dan jahat bertujuan mengejeknya.
Kendati pun cara Husam itu ada elemen-elemen politik tetapi ia boleh disaringkan untuk kebaikan PAS Kelantan. Bak kata orang sebusuk mana daging selagi tak haram ia boleh dimakan. Nik Amar perlu mengambil kesempatan ini. Adalah malang kalau ada yang melemparkan kata-kata Husam telah takut dan bimbang dengan kekalahan maka beliau menarik diri.
Tidak timbul perkara itu dan tidak perlu diungkitkan untuk terus memperkecil-kecilkan Husam. Soal kalah menang akan ditentukan oleh perwakilan dan jawabannya hanya ada dalam tangan Tuhan. Tetapi dari sudut mata saya, langkah Husam itu adalah demi kebaikan PAS khasnya PAS Kelantan dan PAS Malaysia amnya maka ia perlu dihargai sebaik mungkin. Sayanglah, kalau tikar yang sudah 'ditaja' anyamannya oleh Husam jika tidak dianyam sampai sudah.
Seperti mana diumumkan untuk menarik diri dari pencalonan jawatan timbalan presiden itu, beliau melihat maslahat parti lebih penting dari dirinya sendiri. Walaupun beliau dilihat sebahagian aset penting untuk PAS Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 kelak, tetapi Husam tentu ada pandangan lain yang lebih perlu diutamakan. Tentulah dia meletakkan kemenangan PAS lebih utama daripada jawatan untuknya. Yang perlu diteruskan perjuangan bukan mengejar kedudukan.
Makanya tindakan Husam itu jangan dipertikaikan, dan penyokong Husam juga kena rela dengan apa yang diputuskan. Seorang pemimpin yang baik dan ikhlas tidak akan berbuat sesuatu demi kepentingan parti dan perjuangan bukan untuk diri sendiri. Tindakan sebegitulah yang boleh dijadikan timbang tara dalam memilih pemimpin.
Apa yang dapat dan patut dirumuskan apabila Husam tidak ikut sama bertanding jawatan itu, seolah-olah Husam memberi laluan kepada Nik Amar. Beliau menghantar Nik Amar ke jawatan itu. Keadaan ini kena faham tidak payah menunggu ianya dilakukan dengan badan. Language politik harus difahami.
Dari konteks negeri Kelantan begitulah yang harus dilihat. Husam tidak merasa rugi dengan tindakan itu malah bangga kerana saingnya menjadi galang ganti. Inilah politik ada kelas. Makanya para penyokong kedua pihak tidak perlu membuat tafsiran dari luar apa yang ada, kerana terjahan-terjahan beremosi ia akan merumitkan lagi keadaan. Masanya juga untuk para penyokong kedua-dua tokoh PAS Kelantan itu melakukan gejatan senjata atau pun merehatkan Facebook.
Kalau semua pihak waras, pertembungan dapat dielakkan perbalahan dikendurkan dan jurang perbezaan menjadi sempit. Semua perwakilan Kelantan boleh memberi undi kepada Husam untuk jawatan naib presiden. Begitu juga boleh diberikan undi kepada Nik Amar untuk jawatan timbalan presiden. Tidak ada (clash) pertembungan di antara penyokong kedua-dua tokoh itu di sini. Kedua-dua untung dan kedua-dua tidak rugi besar.
Tafsiran lain yang boleh dilakukan apa yang berlaku itu juga adalah sebagai ujian sejauh mana kebijaksanaan ahli PAS Kelantan mencorak masa depan PAS sekurang-kurang dalam setahun dua ini. Kalah atau menang kedua-dua tokoh itu akan memberi jawaban terhadap sejauh mana kelincahan silat politik orang PAS Kelantan.
Persefahaman yang dibuat secara kebetulan (takdir) itu hendaklah dijadikan momentum menjernihkan semula keadaan politik PAS di Kelantan yang agak mengeruh sejak ke belakangan ini. Ambillah kesempatan ini sebaik mungkin sebelum terlambat. Dan adalah sesuatu yang dikesali dan merugikan kalau kesempatan ini tidak digunakan kerana bukan mudah untuk mewujudkan senario persefahaman begitu. Apa-apa yang diperlukan didalam dunia ialah cetusan atau isbab.
Dalam perkara ini orang yang patut mengambil kesempatan ialah Menteri Besar Ahmad Yaakub. Beliau harus menggunakan atau pun mengolah takdir ini untuk melendikkan PAS Kelantan. Beliau perlu berbuat sesuatu dari keadaan ini demi PAS Kelantan. Beliau perlu ubati hati-hati yang luka dan terluka dan salah satu penawar ialah apa yang dikatakan ini.
Ahmad tidak boleh jadi saudagar kapal saja yang hanya akan bertanya soal untung. Tetapi dia juga kena ambil tahu soal ombak dan gelombang serta mempedulikan keadaan kapten dan anak-anak kapal. Beliau kena insaf kalau kapal karam disebabkan pergaduhan atau dilambung ombak yang akan menanggung rugi besar ialah beliau sang saudagar kapal.
Untuk tujuan ini atas kapasitinya sebagai timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan beliau boleh panggil para perwakilan PAS dari seluruh kawasan di Kelantan membuat persefahaman atas nawaitu untuk keharmonian bersama.
__________________________
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog Merah Tinta MSO di http://msomelayu.blogspot.com
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Mohd Sayuti Omar
Tue Nov 12 2013
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.