TEPAT jam 8 malam waktu tempatan Itali atau 3 pagi Jumaat tadi, Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Benedict XVI meletak jawatan secara rasmi. Hari terakhir Benedict XVI dihabiskan dengan bertemu dengan para Cardinal dan penasihat rapatnya.
Peletakan jawatan Benedict XVI secara mengejut itu sekaligus menamatkan pemerintahan 7 tahun dan 10 bulan beliau yang dibayangi dengan pelbagai kontroversi.
Ia juga secara tidak langsung memberi laluan kepada kalangan 115 Cardinal tertinggi (di bawah usia 80 tahun ke bawah) di Vatican untuk bermesyuarat bagi memilih Pope yang baharu. Mereka dijangka bersidang pada Isnin ini bagi menetapkan tarikh pemilihan Pope. Adalah dilaporkan gereja Roman Katolik akan mempunyai seorang Pope baharu sebelum Palm Sunday, 24 Mac ini.
Pastinya, suasana pemilihan kali ini agak berbeza berbanding dengan apa yang berlaku pada April 2005. Ini kerana, ketika itu, dunia meratapi pemergian Pope John Paul II akibat keuzuran. Kali ini pula, Benedict XVI secara sukarela meletak jawatan sesuatu yang tidak pernah dialami oleh Gereja Roman Katolik selama 600 tahun. Kali terakhir seorang Pope meletak jawatan ialah Pope Gregory XII pada 1415 manakala kali terakhir seorang Pope meletak jawatan tanpa sebarang tekanan ialah Pope Celestine V pada 1294.
Ketika itu, Celestine V hanya berada di puncak kekuasaan selama lima bulan namun Celestine V merasakan diri beliau tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab berat sekaligus memilih untuk berundur.
Pengumuman mengejut Benedict XVI untuk berundur lebih dua minggu lalu ternyata merobah pandangan umum terhadap institusi Pope bahawa seseorang Pope tidak boleh meletak jawatan dan perlu berkhidmat sampai ke nafas terakhir mereka. Apa tidaknya, John Paul II umpamanya meneruskan tugasan harian beliau ketika itu biarpun nazak.
Pengumuman Benedict XVI bagaimanapun memecahkan mitos itu. Keputusan Benedict XVI untuk meletak jawatan sudah pasti akan bermain-main dalam fikiran Pope yang baharu selepas ini apakah beliau juga akan mengambil jalan yang sama sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Perkembangan ini juga sudah tentu akan mempengaruhi 115 Cardinal yang akan mengundi di Sistine Chapel Mac ini untuk memilih seorang Pope yang jauh lebih muda dan berkarisma daripada seorang figura peralihan. Ketika dipilih sebagai Pope pada 2005, Benedict XVI merupakan figura keempat tertua selepas Pope Leo XIII, Pope Clement XII dan Pope Clement X untuk mengetuai Gereja Roman Katolik dan ramai penganalisis percaya, pemerintahannya hanya bersifat sementara dan tidak mungkin menyaingi pemerintahan dinamik selama 27 tahun oleh Pope John Paul II.
Hakikatnya, ramai termasuk pemimpin tertinggi gereja di seluruh dunia terkejut dengan tindakan Benedict XVI. Namun bagi Benedict XVI sendiri, tanda-tanda ke arah itu sudah kelihatan. Ini diperkukuhkan lagi dengan lawatan sebanyak dua kali oleh Benedict ke makam Celestine V.
Dalam pengumumannya, Benedict XVI memberikan faktor umur yang makin lanjut sebagai alasan untuk berundur. Dari satu sudut, alasan yang dikemukakan Benedict XVI ada asasnya. Ini kerana, beliau dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.
Namun bagi kalangan pengkritik mereka agak sangsi dengan alasan Benedict XVI memandangkan tidak ramai Pope yang meletak jawatan. Sebaliknya, mereka yakin skandal seks dalam kalangan paderi selain isu Vatileaks sebagai pemangkin utama kepada keputusan Benedict XVI. Sama ada dakwaan yang dilontarkan benar-benar berasas atau sebaliknya, hanya Benedict XVI sahaja yang mengetahuinya.
Tumpuan kini sudah pasti terarah ke Sistine Chapel, lokasi berlangsungnya pemilihan Pope baharu nanti. Persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran semua, siapakah yang bakal dipilih sebagai Pope ke-266? Apakah mungkin seorang Pope dari benua Asia akan terpilih? Bersediakah dan sanggupkah para Cardinal untuk menaruh kepercayaan kepada seorang Pope dari Benua Afrika?
Persoalan-persoalan ini berbangkit memandangkan Conclave didominasi oleh Cardinal dari benua Eropah khususnya Itali. Kali terakhir Conclave memilih Pope dari Itali ialah pada 1978 ketika era Pope John Paul 1. Ketika ini, Conclave dianggotai oleh 61 Cardinal dari blok Eropah, 19 dari blok Amerika Latin, 14 dari blok Amerika Utara, 11 dari blok Afrika, 11 dari blok Asia dan satu dari blok Oceania.
Biarpun mesyuarat untuk memilih Pope baharu belum bermula, namun sudah ada desas-desus mengenai calon yang disebut-sebut sebagai pengganti Benedict XVI. Antaranya, Cardinal Peter Kodwo Appiah Turkson dari Ghana, Cardinal Francis Arinze dari Nigeria, Cardinal Marc Ouellet dari Kanada, Cardinal Angelo Scola dari Itali, Cardinal Oscar Rodriguez Maradiaga dari Honduras dan Cardinal Leonardo Sandri dari Argentina.
Dari faktor umur, Arinze, 80, mungkin bukanlah pilihan terbaik kerana gereja Roman Katolik pasti tidak mahu satu lagi pemerintahan Pope pendek. Kekerapan penukaran Pope pada dasarnya tidak menguntungkan kepada pihak gereja. Peter Turkson, 64 dan Marc Ouellet, 69, disebut-sebut sebagai calon pilihan setakat ini. Di usia yang agak muda, pemilihan mereka sekurang-kurangnya boleh membantu mengembangkan pertumbuhan Katolisme di Afrika, Amerika Latin dan Asia.
Melihat kepada kadar pertumbuhan Roman Katolik di dunia, benua Afrika kini mencatatkan pertumbuhan paling pantas iaitu 21 peratus dan diikuti oleh benua Asia sebanyak 11 peratus. Manakala pusat utama pertumbuhan Roman Katolik selama ini, Benua Eropah hanya mencatat pertumbuhan sebanyak 2 peratus.
Jika angka-angka berkenaan digunakan sebagai penanda aras, sudah tentu calon-calon dari Asia dan Afrika akan merasakan diri mereka layak. Akan tetapi, segala-galanya bergantung kepada musyawarah kalangan Cardinal yang bersidang.
Mahu tidak mahu, Pope yang baharu nanti mempunyai tugas getir untuk mengembalikan keyakinan penganut dan umum terhadap institusi gereja yang terpalit dengan pelbagai kontroversi. Skandal seks paderi masih belum reda dan akan terus menjadi duri dalam daging kepada Pope baharu.
Keputusan Benedict XVI untuk berundur secara sukarela adalah muktamad dan seharusnya dihormati. Pemimpin datang dan pergi namun apa yang lebih penting ialah asas atau foundation yang ditinggalkan beliau akan memberi kekuatan kepada penggantinya untuk meneruskan usaha mengukuhkan gereja Roman Katolik.
INI adalah pandangan peribadi penulis.
Markus Lim
Thu Feb 28 2013
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Nidzam Jamil letak jawatan, tidak lagi kemudi Selangor FC
Tugas Ketua Jurulatih pasukan utama akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara pasukan mendapatkan jurulatih baharu.
Gagal layak ke Piala Asia B-17, Christopher Raj letak jawatan serta-merta
Christopher Raj melepaskan jawatan selepas tidak berjaya membawa skuad muda mengulangi pencapaian sebelum ini apabila layak ke saingan Piala Asia B-17 2023.
Dua pengarah eksekutif Globetronics meletak jawatan serentak hari sama
Globetronics memberitahu Bursa Malaysia, Heng yang berusia 40 tahun, meletak jawatan sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa Selasa.
Selepas CTO Mira Murati, dua lagi eksekutif kanan dilapor tinggalkan OpenAI
Ketua Pengawai Penyelidik Bob McGrew dan Timbalan Presiden Penyelidikan Barret Zoph meletakkan jawatan beberapa jam selepas Murati melakukan pengumuman di media sosial.
Jurulatih bolasepak Australia Graham Arnold letak jawatan
Graham Arnold meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan lelaki di tengah-tengah kempen kelayakan Piala Dunia.
Malaysia Aviation Group umum peletakan jawatan Wan Zulkiflee
Wan Zulkiflee telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.