Twitter hari ini mengumumkan dua kemaskini fungsi terbaharu pada platform mereka.

Kemaskini itu diumumkan oleh Pengarah Produk Twitter, Jinen Kamdar melalui blog rasmi mereka.

Fungsi pertama adalah sokongan 'group messaging' atau permesejan berkumpulan sehingga 20 pengguna pada sesuatu masa.

Fungsi itu juga membolehkan komunikasi di antara sesama ahli kumpulan dibuat walaupun masing-masing tidak mengikuti atau 'follow' di antara satu dengan lain.


Satu lagi fungsi terbaharu pada Twitter adalah sokongan 'mobile video experience' atau perkongsian video. Pengguna kini boleh merakamkan video berdurasi 30 saat dan berkongsi terus ke akaun twitter mereka.

Beberapa selebriti dilihat telah mula mencuba fungsi terbaru ini dengan memuatnaik video ekslusif buat tontonan peminat mereka di twitter.


Namun begitu, dua fungsi terbaru ini hanya boleh dinikmati oleh pengguna sah atau 'verified account' sahaja. Pengguna lain akan mula boleh menggunakan dua fungsi terbaru ini dalam beberapa minggu akan datang.