15 Oktober merupakan Hari Mencuci Tangan Sedunia yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2008.

Kebersihan pada tangan amatlah penting untuk mengelak jangkitan penyakit seperti cirit-birit, pneumonia selain jangkitan virus berisiko tinggi seperti influenza dan enterovirus.

Mencuci tangan menggunakan sabun dengan teknik yang betul adalah cara paling murah dan berkesan untuk mengelak daripada jangkitan penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit Dunia (CDC) mendapati tabiat membasuh tangan dengan sempurna ialah cara paling penting dan efektif untuk mencegah daripada jangkitan kuman yang disebarkan melalui sentuhan tangan yang tidak bersih.

Lebih 100 negara, melibatkan 200 juta orang mengambil bahagian dalam kempen kesedaran Hari Mencuci Tangan Sedunia tahun lepas, termasuk Malaysia.

Kesedaran ini memfokuskan kepada kanak-kanak dimana cirit-birit dan penyakit pernafasan seperti pneumonia yang disebar menerusi tangan yang tidak bersih telah membunuh 3.5 juta kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia.

Antara kempen yang hebat dijalankan di media sosial ialah berkongsi gambar tapak tangan dengan menggunakan #handfie dan juga berkongsi video teknik mencuci tangan dengan betul di Youtube.

Tunjukkan sokongan anda terhadap kesedaran mencuci tangan dengan sempurna menggunakan sabun di media sosial dengan menggunakan #KiniTrending dan juga #handfie.

#Handfie, sokongan terhadap kempen cuci tangan dengan sempurna