Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd telah mencatatkan sejarah apabila modelnya, Proton Iriz dinamakan sebagai 'Kereta Bajet Tahun Ini' oleh pakar-pakar permotoran terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand pada majlis penyampaian anugerah 2016 ASEAN Car of the Year (ACOTY).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, ditambah dengan satu lagi anugerah yang diterima, baru-baru ini, syarikat adalah sangat gembira dengan pengiktirafan ACOTY khususnya disebabkan Iriz telah dilancarkan sejak dua tahun lepas.
"Kami telah meletakkan banyak kelebihan ke dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ini mengiktiraf usaha kami dalam hal tersebut," katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan majlis anugerah itu yang diadakan di sini pada 16 Dis lepas.
Iriz yang telah diperkenalkan pada Ogos 2014, menandakan kemasukkan Proton ke dalam segmen kereta kompak.
Dari segi keselamatan, ia telah diberikan penarafan 5-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN, kereta tersebut digerakkan dengan enjin VVT empat silinder baharu 1.3 liter atau 1.6-liter dan berharga antara RM41,520 sehingga RM62,030.
Sementara itu, Proton berkata ia menawarkan rebet yang bermula daripada RM2, 200 hingga RM4,000, termasuk servis percuma selama dua tahun atau 40,000 km, yang mana datang dahulu, bagi semua pembelian baharu varian tersebut dalam bulan Disember. - Bernama
Bernama
Thu Dec 22 2016
Iriz yang telah diperkenalkan pada Ogos 2014, menandakan kemasukkan Proton ke dalam segmen kereta kompak. - Gambar BERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Proton 'Iriz' menang anugerah kereta bajet ASEAN tahun ini
Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd telah mencatatkan sejarah apabila modelnya, Proton Iriz dinamakan sebagai 'Kereta Bajet Tahun Ini' oleh pakar-pakar permotoran terkenal.