Kata kunci 'Permatang Pauh' trending seketika di platform twitter apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen berkenaan.
PRK Permatang Pauh mencatat sejarah tersendiri buat SPR kerana ia perlu diadakan berikutan keputusan mahkamah. Ini berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen kerusi tersebut.
Dan reaksi paling popular di media sosial adalah 'mengapa SPR memilih hari Khamis untuk proses membuang undi'?

Reyza Mohamad melalui reaksi di Facebook rasmi Astro Awani meluahkan rasa terkilan memandangkan pemilihan hari terbabit akan menyukarkan pengundi untuk turun mengundi.
Manakala melalui Twitter, Danial Azraei berpendapat Barisan Nasional BN) perlu calon berkaliber jika mahu bertanding di Parlimen P.044 Permatang Pauh kerana dia merasakan ia merupakan kubu pembangkang.

Dalam perkembangan terkini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini enggan menyatakan sebarang bayangan calon parti bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini berkata pihaknya ada mengadakan perbincangan dan mesyuarat tentangnya namun belum mahu membuat pengumuman tersebut.
Dr Wan Azizah berkata keputusan tentang individu yang akan dicalonkan parti bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.