Beberapa selebriti Hollywood menunjukkan solidarti dengan mengecam serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo di anugerah Golden Globes awal pagi tadi.

Namun tindakan mempolitikkan karpet merah bukan dirancang selebriti semata-mata.

Menerusi tweet wakil CNN, Brian Stelter, tanda sokongan dengan tulisan 'Je Suis Charlie' atau saya Charlie itu diberikan kepada selebriti oleh jurugambar di lokasi.


Ini bermakna media barat mengambil kesempatan itu seakan menunjukkan semua selebriti terbabit dalam mempolitikkan isu itu di karpet merah Golden Globes.

Bagaimanapun ini bukan bermaksud selebriti Hollywood tidak peduli mengenai isu keganasan dan kebebasan bersuara.

George Clooney bersama isterinya Amal, antara yang membawa tanda sokongan kepada Hebdo dari rumah.

Selain itu, pelakon Kathy Bates dan Helen Mirren turut membawa tanda sokongan itu dari rumah bagi menunjukkan sokongan terhadap Hebdo.


Mirren mengenakan sebatang pen pada gaunnya sebagai simbol mengenang Hebdo dan kebebasan bersuara.


Jared Leto dan Clooney turut memberi penghormatan kepada hebdo semasa berucap di atas pentas yang menyokong perarakan mengecam keganasan.