Planet Gempak Ola Bola Astro mengemparkan perkarangan parkir Amanjaya Mall dari 23 hingga 24 November 2014.

Beribu orang telah hadir meredah panas terik dan hujan lebat bagi menghayati pelbagai aktiviti menarik di seluruh karnival itu.

Karnival tersebut merupakan Planet Gempak Ola Bola Astro yang ke-empat dan yang terakhir bagi tahun ini.

Pemandangan khemah-khemah putih yang besar dihiasi dengan warna-warni saluran kegemaran penonton Astro seperti Astro Arena, Astro Ceria, Astro Ria, dan lebih 30 lagi saluran antarabangsa seperti HBO, Discovery Channel, National Geographic, DIVA, TLC, dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi semua lapisan masyarakat termasuklah karaoke terbuka lagu klasik di booth Kilauan Emas dan Gegarvaganza, konsert Chichi dan Chacha dari Astro Ceria, sesi bergambar bersama ular di booth Fear Factor, persembahan mascot The Smurfs, serta peluang merasai Studio Experience di mana pengunjung dapat membaca berita menggunakan teleprompter seperti penyampai berita di Astro Awani.

Antara penaja Planet Gempak Ola Bola kali ini ialah Celcom, Marigold, dan sabun pencuci Boom. Celcom telah mengadakan beberapa sesi permainan dan cabaran istimewa bagi memberi peluang kepada pengunjung memenagi hadiah eksklusif Celcom manakala Marigold dan Boom telah mengadakan jualan murah secara besar-besaran bagi produk masing-masing.

Bahang kepanasan di bandar terbesar Kedah itu yang disusuli hujan lebat pada waktu petang tidak menghalang ribuan pengunjung pelbagai umur daripada menyaksikan acara utama Planet Gempak Ola Bola iaitu Konsert Akademi Fantasia dan persembahan istimewa daripada artis-artis tempatan seperti Elyana dan Aril AF yang berlangsung dari pukul 8:30 malam hingga lewat malam.

Karnival Astro yang direka khas bagi membuka peluang kepada orang ramai menghayati Astro dengan lebih menyeluruh sangat sesuai dengan temanya ‘Alami Dunia Astro Anda’. Planet Gempak Ola Bola sebelum ini telah berlangsung di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Bukit Jalil.