Putera William mengejutkan penumpang sebuah kapal terbang komersial apabila membuat kemunculan di dalam pesawat berkenaan.

Kehadirannya mengujakan penumpang lain yang mengambil kesempatan itu untuk merakamkan gambar dan berkongsi saat itu di laman sosial mereka.

William menaiki penerbangan dari lapangan terbang LaGuardia, New York ke Washington DC untuk bertemu presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Wartawan dan penyampai berita CNN, Anderson Cooper tidak ketinggalan berkongsi keterujaan itu dengan memuatnaik status di laman Twitternya.


Seorang penumpang bernama Sam Kim pula berkongsi gambar William sedang mencari tempat duduk di laman Instagramnya.

“Penerbangan kami ditunda dan sebuah caravan mendekati pesawat. Kemudian seorang tetamu yang paling tidak dijangka memasuki pesawat ke DC pagi ini," tulis Sam Kim dalam ‘post’ di Instagramnya.

Ini bukan kali pertama William mengejutkan penumpang pesawat komersial.

Sebelum ini dia pernah menaiki penerbangan American Airlines untuk ke majlis perkahwinan rakannya selain mengambil penerbangan murah dari Tennessee bersama adiknya, Putera Harry.