KECERDASAN am buatan (AGI) ialah evolusi seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) dengan ia bakal mempunyai kemampuan yang lebih tinggi berbanding manusia.
Usaha ke arah AGI telahpun dimulakan oleh DeepMind dan OpenAI. Minggu ini OpenAI menyenaraikan lima tahap AI yang perlu dicapai sebelum ia mencapai tahap AGI.
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD.
Tahap 3 ialah ajen AI yang mampu melakukan tugasan bagi pihak pengguna. Tahap 4 ialah AI yang mampu mencipta inovasi baharu yang belum wujud.
Tahap 5 yang merupakan tahap tertinggi ialah AI yang mampu melakukan keseluruhan tugasan sebuah organisasi manusia.
OpenAI berkata mereka ini semakin menghampiri Tahap 2. Bilakah Tahap 5 akan dicapai masih lagi tidak diketahui.
Sam Altman, CEO OpenAI tahun lalu meramalkan AGI mungkin boleh dicapai dalam masa lima tahun lagi.
Definisikan tahap AI yang ditakrifkan oleh OpenAI adalah hampir sama dengan yang dicadangkan oleh DeepMind tahun lalu.
Lima pengelasan tahap AGI yang dicadangkan DeepMind ialah emerging (berkembang), competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia).
DeepMind juga bersetuju ia kini masih lagi di Tahap 1 menerusi penggunaan chatbot. -Amanz
Amanz
Sun Jul 14 2024
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD. -Amanz
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
Penduduk berketurunan Asia di New York keluar mengundi
Penduduk di New York keluar mengundi pada selasa waktu tempatan bagi memilih calon yang layak menerajui Amerika Syarikat.
Antara yang menjadi sorotan ialah keragaman pengundi bukan berkulit putih di New York yang mahukan kedua-dua calon mengangkat aspirasi berbeza bagi negara Uncle Sam itu.
Antara yang menjadi sorotan ialah keragaman pengundi bukan berkulit putih di New York yang mahukan kedua-dua calon mengangkat aspirasi berbeza bagi negara Uncle Sam itu.
"Saya rasa amat yakin" selepas mengundi di Florida - Trump
Calon presiden Republikan dan bekas Presiden Donald Trump telah mengundi pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) di negeri Florida pada Selasa.
Memakai topi merah dengan sloganĀ "Make America Great Again", Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
Memakai topi merah dengan sloganĀ "Make America Great Again", Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.