Malam ini Pencetus Ummah musim terbaru bakal memulakan siarannya.

Jika dilihat pada sambutan musim pertama, musim kedua program dakwah ini dijangka menambat hati jutaan penonton sekaligus mengulangi kejayaannya.

Mengikut pemerhatian di laman media sosial, pengguna sudah mula membuat perkongsian mengenai program ini dengan perkongsian #PencetusUmmah.

Kebanyakannya tidak sabar menantikan majlis ilmu ini susulan maklum balas memberangsangkan musim lepas.






Sepuluh pendakwah kreatif akan mengupas isu-isu menarik setiap minggu menerusi topik berbeza dan bagi minggu permulaan ini, Mimbar Pencetus Ummah membawa topik 'Sabar', 'Sangka Baik', 'Prihatin', 'Harapan' dan 'Maaf'.

PU2 melibatkan peserta dari pelbagai latar belakang malah ada di antaranya adalah bekas mat rempit.

Pendakwah terdiri daripada PU Amir, PU Yusof, PU Azihal, PU Azman, PU Nasri, PU Johani, PU Lokman, PU Faiz, PU Suhaimi dan PU Azraei.

Mimbar Pencetus Ummah 2 bersiaran setiap Khamis mulai malam ini, pukul 9 malam di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (Saluran 135).