Platform media sosial mampu memberi impak positif sekiranya dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Digital Malaysia menyeru sukarelawan digital untuk membawa perubahan kepada sesuatu yang lebih baik melalui kempen #DoMorelah4Malaysia.

Kempen itu juga menjadi medan buat rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk menggunakan kemahiran mereka memberi kemudahan untuk membantu masyarakan melalui Internet.

Antara tugasan seperti mengumpul dana, meningkatkan kesedaran berkenaan isu sosial serta mengumpul maklumat berkenaan keperluan diperlukan di kawasan yang dilanda bencana.

Lebih sebulan berjalan, kempen ini mendapat sambutan memberangsangkan pengguna Internet.