HARI ini ialah hari yang penuh emosi buat kaum keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370.

Media sosial menjadi platform buat salah seorang ahli keluarga mangsa untuk berkongsi rasa dan isi hatinya.

Bukan satu perkara mudah buat Maira Elizabeth Nari, anak kepada ketua pramugara, Andrew Nari untuk terus menjalani hidup seperti biasa setelah kejadian yang memisahkan dia dengan bapanya.




Gadis berusia 19 tahun ini turut berkongsi gambar bapanya dengan kapsyen "Adakah saya dapat melihat senyuman itu lagi?"

Andrew Nari memasuki usia 50 tahun pada 21 Februari lalu.



Status-status ini mengundang pengikut Twitter Maira untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepadanya agar terus tabah menghadapi dugaan.

Setahun berlalu, tarikh 8 Mac menimbulkan perasaan penuh beremosi buat Maira yang sehingga kini masih menaruh harapan untuk satu pengakhiran yang baik.