Tidak mengehadkan pengaruhnya hanya di atas pentas nyanyian, penyanyi Yuna nyata terkesan dengan kurangnya penglibatan wanita dalam bidang sukan.
Yuna memberi respons sedemikian ekoran laporan Astro AWANI berkenaan kekangan yang dihadapi wanita untuk aktif dalam arena sukan di Malaysia.
Rata-rata wanita memilih untuk tidak bersukan kerana bimbang kelihatan lebih maskulin dan menganggap sukan hanya untuk kaum lelaki.
Ada juga atlet wanita yang membuat keputusan bersara awal selepas berkahwin atau mempunyai anak disebabkan faktor masa dan komitmen pada keluarga.
Yuna melalui Facebook miliknya meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila mengetahui ramai atlet wanita berdepan kekangan untuk terus berjaya dalam bidang sukan.
Kata Yuna, setiap wanita seharusnya boleh terlibat dalam sukan tanpa sebarang kerisauan atau halangan.
Penyanyi berusia 33 tahun itu turut mengambil contoh atlet gimnas negara, Farah Ann yang berjaya meneruskan cita-cita dan impiannya untuk aktif dalam sukan gimnastik namun tetap kelihatan cantik dan kuat.
Beliau turut mengajak semua pihak untuk bersama-sama menunjukkan sokongan agar lebih ramai lagi wanita di Malaysia terlibat dalam arena sukan.
Dalam pada itu, Farah menyahut sokongan Yuna untuk melihat lebih ramai penyertaan wanita dalam lapangan sukan negara.
Dalam Facebook miliknya, Farah berharap dirinya mampu memberikan suntikan semangat dan dorongan kepada seluruh wanita di Malaysia.
Memikul tanggungjawab sebagai wanita besi oleh Pantene Malaysia, Farah melahirkan rasa teruja untuk bersama-sama membantu Pantene dalam usaha mengatasi kekangan yang ada.
Farah mahu semua wanita bersatu dan tampil kuat bersama-samanya untuk mengatasi apa jua penghalang baik dari segi peribadi mahu pun profesional agar sentiasa kekal cantik, kekal kuat dan kekal aktif dalam sukan.
Sahlizah Mohamed
Mon Feb 18 2019

Yuna dan Farah Ann mahu semua wanita di Malaysia mengatasi apa jua kekangan untuk terlibat dalam sukan.

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Yuna, Farah Ann mahu wanita aktif dalam sukan tanpa halangan dan kerisauan
Penyanyi Yuna dan atlet gimnas negara, Farah Ann mahu semua wanita di Malaysia mengatasi apa jua kekangan untuk terlibat dalam sukan kerana mereka akan sentiasa kekal cantik dan kekal kuat

Pemakaian patuh syariah buat atlet Terengganu mulai tahun depan
Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan konsep pemakaian patuh Syariah kepada atlet sukan di negeri itu bermula tahun hadapan.