HOM ART TRANS sememangnya bukan asing lagi dalam program-program berbentuk anugerah seni, dan anugerah terbaru anjurannya yang bergelar Young Guns merupakan salah satu usaha bersepadu yang dirangka oleh galeri tersebut demi membangun dan mempertingkatkan infrastruktur persada seni tempatan.
Diadakan setiap tiga tahun sekali, Young Guns bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat muda yang sedang meningkat naik dan hanya artis-artis berusia 33 tahun ke bawah layak menyertai anugerah ini.
“Bakat-bakat yang baik perlu diraikan, dan setelah sekian lama terlibat di dalam industri ini kami sedar pentingnya pemberian anugerah kepada artis, lebih-lebih lagi dalam kalangan artis-artis muda. Anugerah sebegini memang boleh merangsang perkembangan kerjaya mereka,” jelas Bayu Utomo Radjikin, Pengarah HOM ART TRANS.
Pemilihan kumpulan pertama penerima anugerah tersebut telah dibuat dengan mengikut syarat-syarat yang ketat. Namun tiga belas orang artis ternyata lebih menonjol berbanding yang lain oleh kerana impak dari karya-karya mereka, kecekalan mereka menghasilkan karya, serta reputasi mereka di arena seni tempatan dan juga antarabangsa.
Kumpulan pertama artis yang menerima anugerah Young Guns terdiri daripada Samsuddin Wahab, Haslin Ismail, Seah Ze Lin, Najib Bamadhaj, Anisa Abdullah, Chong Ai Lei, Fadilah Karim, Akhmal Asyraf Mohd, Donald Abraham, Azam Aris, Ruzzeki Harris, Mohd Al-Khuzairie Ali, dan chi too.
Kesemua tiga belas artis ini telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di dalam bidang masing-masing, dan anugerah Young Guns adalah untuk mengiktiraf dan menghargai praktis seni dan semangat juang mereka.
“Artis-artis ini memang patut diberikan anugerah tersebut,” tegas Bayu. Beliau selanjutnya berkata artis-artis yang menerima anugerah Young Guns ini berpeluang menampilkan karya-karya mereka di dalam sebuah pameran khas yang akan diadakan di dua buah bandar besar.
“Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan pameran pertama di White Box, MAP@Publika, kerana kami mahu pameran ini lebih mudah didatangi orang ramai. Kami sedar kepentingan strategik galeri tersebut; begitu juga dengan Whiteaways Arcade di George Town, tempat di mana pameran kedua bakal dilangsungkan,” jelas Bayu.
Pameran ini dibawa ke luar dari Kuala Lumpur sebagai suatu upaya untuk memberi lebih penonjolan serta penghargaan kepada karya-karya artis-artis yang mendapat anugerah Young Guns, dan ‘Nyala’ dipilih sebagai tema pameran pada tahun ini. ‘Nyala’ melambangkan azam berkobar-kobar pada diri artis-artis muda untuk meneruskan karier mereka, minat bernyala-nyala mereka terhadap bidang seni yang mereka ceburi, serta usaha gigih mereka untuk berjaya dan bersinar dalam dunia seni.
“Seperti cahaya yang bersinar terang, kesemua tiga belas pemenang anugerah Young Guns ini benar-benar memberi inspirasi kepada artis-artis yang lebih senior mahupun kepada mereka-mereka yang berhasrat meniti karier sebagai artis profesional. Menjadi artis perlu menempuh banyak ranjau dan duri, dan mereka yang telah berjaya patut diberikan pengiktirafan sewajarnya. Dan itulah matlamat utama diadakan anugerah Young Guns ini,” kata Bayu.
Pameran ‘Nyala’, yang mempertontonkan karya-karya pemenang-pemenang anugerah Young Guns, akan dilangsungkan di
KUALA LUMPUR: White Box, MAP@Publika dari 20 November hingga 1 Disember 2013
PENANG: Whiteaways Arcade dari 7 Disember 2013 hingga 5 January 2014
Masuk adalah percuma bagi kedua-dua pameran tersebut dan orang ramai dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut mengenai Young Guns, sila layari HOM ART TRANS.
Astro Awani
Fri Nov 29 2013
Datin Seri Tiara Jacquelina sewaktu melancarkan pameran The Young Guns.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.