AYAH, tanggungjawabnya cukup besar pada keluarga. Malah, boleh dikatakan dia menjadi contoh dan idola buat -anak-anak.
Meskipun ada sesetengah ayah garang, tapi jauh di lubuk hati dia tak akan sampai hati melihat anak-anaknya disakiti.
Kasih dan pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingnya. Tak kisah ayah garang tapi dia menjadi role model untuk anak-anak contohi terutamanya anak lelaki.
Ada sesetengah berpendapat, anak perempuan rapat dengan ayahnya. Manakala anak lelaki pula rapat dengan ibunya.
Betul. Tapi dari segi tanggungjawab dan role model, anak lelaki lebih merujuk pada ayahnya.
Sebab itu, ayah garang pun, waima anak mula menyorok di belakang ibunya. Tapi, akhirnya dalam bab-bab melakukan perkara fizikal mesti akan cari ayahnya juga.
Sebagai ayah, layanlah anak lelaki dan ajar mereka aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kasih sayang.
Jadilah idola buat anak-anak lelaki.
Saranan yang diberikan oleh Dr Redza Zainol tentang anak lelaki yang suka lakukan dan tiru aktiviti dengan ayahnya.
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya:
1. Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
a) Memeluk ayah
b) Bermain lawan-lawan
2. Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
3. Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
4. Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
a) Membaiki sesuatu
b) Ajarkan subjek matematik
c) Ajar cara menyepak bola
d) Ajar main badminton
e) Ajar melompat
5. Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
Momen Indah Dengan Ayah
Lima perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah.
Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.
Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Sumber: Dr Redza Zainol
Artikel asal dari portal Mingguan Wanita.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Mingguan Wanita
Fri Jul 30 2021
Sebagai ayah, layanlah anak lelaki dan ajar mereka aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kasih sayang. Jadilah idola buat anak-anak lelaki. -Mingguan Wanita
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Tikam anak sehingga maut hanya kerana rosakkan motosikal
Suspek dipercayai hilang kawalan selepas mendapati motosikalnya rosak selepas dijatuhkan secara tidak sengaja oleh mangsa.
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
Walau garang sekalipun, anak lelaki tetap cari idolanya
Sebagai ayah, layanlah anak lelaki dan ajar mereka aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kasih sayang. Jadilah idola buat anak-anak lelaki.
Elakkan marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Afdlin Shauki kehilangan ayah, catatan di Instagram undang sebak
Catatan Afdlin mengenai pemergian bapanya undang rasa sebak.
Gara-gara malu ditegur, anak tergamak tikam bapa kandung hingga mati
GARA-gara malu ditegur, seorang lelaki, 24, menikam ayah kandungnya pada leher menggunakan pisau bebentuk melengkung sehingga mati.
Ayah keluar awal dari biasa, bertugas iring kertas SPM - anak anggota polis
Khairul Nizam Roslan, anak kedua Allahyarham Sarjan Mejar Roslan Maon, berkata ketika itu baru sahaja 4 pagi menyebabkan dia hairan mengapa ayahnya bersiap terlalu awal untuk pergi bekerja.
'Kalau ayah boleh cakap dan berjalan...' Aizat dedah cerita sebenar single baharu untuk PM
Lagu bertajuk Harapan Jadi Nyata itu bercerita tentang perjuangan mencapai impian, ia diangkat dari puisi bapanya yang didedikasikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ayah letak gambar I dalam dompet, dapat tahu masa ayah jatuh sakit"
Penyanyi Isma tersentuh hati apabila mengetahui bapanya sentiasa menyimpan gambarnya sehingga beliau jatuh sakit.
'Ayah babi' - netizen serang insta Dua Lipa
Instagram Dua Lipa kemudiannya diserang oleh netizen dari Malaysia yang mempersendakan penggunaan perkataan itu.