Dalam video berdurasi 3 minit 15 saat itu, ia cuba membawa penonton melihat kehidupan wanita tanpa payudara.
Ia menerima reaksi negatif netizen yang menyifatkan ia bukan sekadar berunsur seksis dan menghina kaum wanita, tetapi juga sangat tidak masuk akal.
MyTeksi dalam permohonan maaf di laman Twitter menjelaskan, video tersebut bukan bertujuan memperkecilkan atau menghina, sebaliknya mereka ingin menghantar mesej tentang pentingnya kesihatan payudara, di samping perlunya kaum lelaki untuk turut sama prihatin tentang penyakit berkenaan.
Video tersebut merupakan satu bentuk sokongan syarikat berkenaan terhadap kempen bulan Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payudara.
Video kempen kesedaran kanser payudara dari laman Youtube TheGRIMFilm.
TONTON: Jalani pemeriksaan elak risiko kanser
BACA: Mamogram: Jangan takut periksa payudara anda!