HANYA dengan mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram sahaja anda boleh menang hadiah.
Itu merupakan tawaran yang dibuat oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram kepada pengundinya.
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.
Menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata cabaran tersebut hanya terbuka kepada pengundi DUN Jeram sahaja.
"Salam pengundi Jeram. Memandangkan PKP 2.0 akan bermula mulai hari ini (Rabu), maka pejabat ADUN Jeram ingin mengajak anda untuk menyahut cabaran dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sepanjang PKP kali ini.
"Bagi yang ingin menyahut cabaran ini, anda boleh hadir ke Pejabat ADUN Jeram untuk mendaftar dan melakukan penimbangan berat badan terkini," katanya.
Menurutnya, setelah tamat PKP, pihaknya akan memanggil kesemua peserta yang mendaftar untuk melakukan penimbangan semula berat badan.
Pengundi DUN Jeram boleh mendaftar bermula Selasa sehingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 9 malam.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula oleh kerajaan berkuatkuasa pada 13 Januari sehingga 26 Januari.
BACA: COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri
Buat anda yang berada di DUN lain ambil juga cabaran ini!
Tidak dapat hadiah tak mengapa, yang penting badan sihat dan cergas.
Asyraf Roslan
Wed Jan 13 2021

Senang je, kurang 5 kilogram anda mungkin jadi yang bertuah dapat menang RM300. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Remaja keluar beli roti tidak pulang sejak 19 Ogos
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ibunya sejak 19 Ogos lepas.

Gen lawan obesiti ditemui pada penduduk Asia Tenggara, selatan China
MALAYSIA pada ketika ini ialah negara dengan peratusan penduduk menghadapi masalah obesiti kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Brunei.

Kritik berat badan Kalvin Phillips, Pep Guardiola mohon maaf
Guardiola membuat komen itu setelah mengetepikan pemain tengah City dan England itu daripada perlawanan Piala Carabao menentang Liverpool.

Tiga peratus anggota polis di ibu negara alami masalah berat badan
Semua pegawai dan anggota Kontinjen Kuala Lumpur digesa untuk menjaga tahap kesihatan terutama berat badan.

Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum
Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu kini merosot kepada 90kg sahaja.

Ubat diabetes diluluskan bagi pengurusan dan penurunan berat badan
Tirzepatide, sejenis ubat diabetes telah menerima kelulusan membantu individu yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan bagi mengurus dan menurunkan berat badan.

Turun berat badan penting untuk rawat osteoarthritis
Dianggarkan sekitar tujuh peratus penduduk dunia iaitu 500 juta orang di seluruh dunia menderita OA.

Tambah sejam waktu tidur mampu turunkan berat badan - Kajian
Saintis Universiti Chicago memulakan penyelidikan untuk mengenal pasti kesan tidur terhadap pengambilan kalori.

Bayi masuk 8 bulan? Ibu usah takut cuba menu baharu, nanti si manja bosan!
Penyediaan makanan bayi lapan bulan adalah cabaran untuk para ibu baharu. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.

Yu Xuan, bayi terkecil di dunia akhirnya dibenar keluar hospital
rekod baharu itu adalah berdasarkan catatan yang disimpan bahagian Pendaftaran Bayi Terkecil, Universiti Iowa.