Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
Namun tahukah anda bagi mereka yang mempunyai penyakit asma, gout, atau anemia ada pantang larangnya dalam pengambilan daging. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Suri Roowi.
Jadi sila ambil perhatian, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
- Bagi pesakit asma, daging terproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma.
- Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil atau dicincang, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.
- Ini akan turunkan kandungan purine (penyebab gout) sebanyak 25 peratus.
- Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak.
- Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah mengandungi kandungan tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah.
- Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan ikan bilis adalah tinggi.
- Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman mengandungi tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya dengan beta-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.
- Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia atau bawang putih selepas memakan daging
Sumber : Dr Suri Roowi
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!