Orang ramai perlu mengambil inisiatif untuk menanam lebih banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.
Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah berkata penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau.
"Walaupun fotosintesis kelihatan seperti proses yang mudah tetapi ia proses yang penting, pokok dan hutan boleh mempengaruhi iklim, seterusnya memberi kesan kepada cuaca.
"Perubahan iklim bukan hanya satu isu penting buat kita, tetapi juga untuk generasi masa hadapan yang akan mewarisi planet indah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penanaman pokok oleh Mitsubishi Corporation dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.
Lebih 400 peserta dari Mitsubishi, kakitangan dan pelajar UPM terlibat dalam majlis penanaman pokok yang bertujuan menunjukkan komitmen dalam memulihkan kemusnahan hutan hujan tropika.
Sebanyak 5,000 benih mewakili 20 spesies yang tersenarai dalam Senarai Merah (hampir terancam) Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), ditanam pada majlis itu.
Terdahulu ketika berucap, Jeanne berkata dengan mencipta semula hutan hujan tropika menerusi projek ini, ia juga akan memulihkan fungsi ekologi.
"Menerusi projek ini, kami berharap dapat menarik lebih banyak flora dan fauna untuk memperkayakan kawasan degradasi.
"Mengambil contoh Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong (yang diuruskan oleh UPM), kawasan sekitarnya lebih sejuk dan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu mendapat manfaat daripada hutan simpan tersebut," katanya.
Bernama
Sat Mar 19 2016
Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah berkata penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara. - Foto BERNAMA
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kurang taburan hujan punca berlaku kebakaran di Malaysia
Beberapa siri kebakaran hutan termasuk di Miri, Sarawak dan di Gelang Patah, Johor Bahru amat membimbangkan rakyat di negara ini.
Stella McCartney kini di bawah LVMH
Stella McCartney menandatangani kontrak dengan syarikat konglomerat mewah Mot Hennessy Louis Vuitton (LVMH).