SEKATAN perjalanan antarabangsa akibat COVID-19 menyaksikan kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh negara berdepan situasi sukar.
Antara yang menerima tempias akibat termasuk kesemua lapangan terbang di United Kingdom (UK) mengalami kerugian lebih £10,000 (RM53,888.98) setiap minit selama empat bulan berturut-turut akibat impak COVID-19.
Anggaran itu dikeluarkan oleh Persatuan Pengendali Lapangan Terbang (AOA), yang mengambil kira kos kerugian daripada bulan Mac dan Jun, iaitu hampir mencecah £2 bilion (RM10.78 bilion).
Persatuan itu meramalkan turut lapangan-lapangan terbang UK akan kehilangan RM10.78 bilion lagi dalam tempoh enam bulan terakhir, tahun ini.
Data yang dikeluarkan oleh AOA itu hanya melibatkan lapangan-lapangan terbang, dan tidak memberi kesan secara langsung terhadap perniagaan dan komuniti di sekitar kawasan tersebut.
“Kerugian seperti itu melemahkan kemampuan perniagaan di lapangan terbang untuk anggaran keuntungan ekonomi tempatan, melepaskan projek-projek pelaburan penting, dan malangnya, (turut) menyebabkan kehilangan pekerjaan,” demikian menurut AOA.
Menurut Ketua Pegawai AOA, Karen Dee, krisis COVID-19 menyebabkan sektor penerbangan antarabangsa hampir terhenti.
Karen menyifatkan ia sebagai empat bulan terburuk dalam sejarah penerbangan komersial.
Beberapa lapangan terbang terpaksa menutup operasi mereka, sementara lapangan terbang paling sibuk, Heathrow - kehilangan 95 peratus daripada jumlah penumpang pada bulan Jun berbanding tahun sebelumnya.
Sebelum ini, Flybe, salah satu syarikat penerbangan terbesar Britain, muflis dengan semua penerbangan syarikat itu dihentikan.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu membawa kira-kira lapan juta penumpang setahun dan terbang dari 43 lapangan terbang di seluruh Eropah dan 28 di Britain.
Situasi di AS lebih buruk berbanding 11 September
Di Amerika Syarikat (AS), CNN melaporkan situasi semasa yang berlaku kepada syarikat penerbangan di negara iti jauh lebih teruk, termasuk berbanding situasi selepas insiden 11 September, atau kemelesatan ekonomi dunia pada tahun 2008-2009.
Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) lapangan terbang AS memaklumkan jumlah penumpang menurun 95 peratus pada bulan April berbanding tahun lalu, selepas penurunan 51 peratus pada bulan Mac.
Malah, syarikat penerbangan telah mengurangkan jadual mereka pada bulan Mei sebanyak 90 peratus dan memberi amaran bahawa tahap perjalanan akan terus berdepan tekanan sekurang-kurangnya sehingga 2021.
Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) menganggarkan pengurangan lebih dua bilion penumpang di seluruh dunia pada suku kedua 2020 dan lebih 4.6 bilion penumpang untuk tahun 2020.
Anggaran penurunan jumlah pendapatan lapangan terbang pula dianggarkan mencapai A$39.2 bilion (RM166 bilion) pada suku kedua dan lebih daripada A$97 bilion (RM412 bilion) untuk tahun 2020.
Bagaimana nasib sektor penerbangan Malaysia?
Sektor penerbangan di Malaysia kembali rancak selepas kerajaan mula melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) termasuk membenarkan perjalanan rentas negeri dan sektor pelancongan tempatan.
Namun, memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen baru-baru ini, industri penerbangan negara dijangka mengalami kerugian sehingga RM13 bilion tahun ini susulan penurunan kadar perjalanan udara.
Jelas beliau, kerugian tersebut merangkumi kerugian bernilai RM10.9 bilion yang dialami tiga syarikat penerbangan utama negara iaitu Malaysia Airlines Bhd., AirAsia Group Bhd. serta Malindo Airways Sdn. Bhd.
Sementara, operator lapangan terbang merekodkan kerugian RM2.1 bilion tahun ini membabitkan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) yang menguruskan 39 lapangan terbang, manakala Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor.
Ka Siong turut menjelaskan bahawa tiga syarikat penerbangan tersebut telah membatalkan sebanyak 169,728 penerbangan melibatkan kira-kira 4.3 juta penumpang selepas pelaksanaan sekatan perjalanan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Astro Awani
Sat Aug 08 2020
Persatuan Pengendali Lapangan Terbang lapangan-lapangan terbang UK akan kehilangan RM10.78 bilion lagi dalam tempoh enam bulan terakhir, tahun ini. - Gambar REUTERS
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh
Dalam kejadian itu, penembak yang dinamakan oleh FBI sebagai Thomas Matthew Crooks, dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan
FBI dilaporkan masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia.
Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Jurucakap Trump, Steven Cheung berkata, bekas presiden itu "dalam keadaan baik."
Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.