KUALA LUMPUR: Mengukir wajah seseorang pada sebiji tembikai dalam masa hanya 30 minit bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi yang diukir adalah wajah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tugas istimewa itu dilaksanakan dengan sempurna oleh suri rumah, Iswati Ishak, 52, dari Jenjarom, Banting, Selangor yang turut mengukir wajah dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Iswati turut mengukir wajah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Lokman Hakim Ali serta satu ukiran tanda pagar #SatuTahunBersamaKerajaanMADANI.
Ibu kepada enam orang anak itu berkongsi kepada Bernama pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bahawa beliau diminta membuat kesemua ukiran berkenaan oleh pihak KPKM semalam dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh kurang 24 jam bersama seorang rakan, Muhammad Taufiq Mohd Halim,33.
"Penglibatan lebih sedekad dalam bidang ukiran ini menjadikan saya mahir memilih saiz dan warna buah yang sesuai bagi menghasilkan seni ukiran yang lebih halus dan teliti persis potret sebenar individu," katanya.
Iswati berkata kesemua ukiran wajah itu menjadi penyeri di reruai KPKM dan sememangnya mendapat pujian daripada pengunjung.
Menurut Iswati, selain majlis rasmi beliau juga aktif mengambil tempahan ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan bagi majlis hari jadi, perkahwinan dan pertunangan sekali gus menjana pendapatan sendiri.
Sementara itu, Muhammad Taufiq berkata saiz dan kualiti tembikai merupakan elemen penting dalam menghasilkan 'potret hidup'.
"Buah tembikai gred C atau D besar, isinya lebih merah dan cantik. Kulit tembikai yang agak gelap menjadi pilihan untuk menonjolkan ilustrasi potret," katanya.
Beliau yang juga tenaga pengajar bebas bagi seni ukiran turut aktif mengadakan latihan mengukir buah-buahan dan sayuran kepada komuniti seluruh negara dalam usaha menarik minat generasi baharu sebagai pelapis kesenian berkenaan.
Muhammad Taufiq berharap masyarakat memandang tinggi hasil kerja seni supaya karya ukiran berkenaan mampu pergi jauh setanding negara luar seperti Vietnam dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Menurut Iswati, selain majlis rasmi beliau juga aktif mengambil tempahan ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan bagi majlis hari jadi, perkahwinan dan pertunangan sekali gus menjana pendapatan sendiri. - Foto BERNAMA
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Suri rumah ukir potret pemimpin negara pada tembikai
Tugas istimewa itu dilaksanakan dengan sempurna oleh suri rumah, Iswati Ishak, 52, dari Jenjarom, Banting, Selangor.