KUALA LUMPUR: Sunway Malls menyerikan musim lebaran kali ini menerusi kempen 'Cahaya Raya' bersama komuniti autisme dalam mengiktiraf dan menghargai golongan berkenaan bagi memperjuangkan penerimaan mereka dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, pelancaran kempen 'Cahaya Raya' itu diilhamkan daripada tradisi memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan yang dilihat akan membawa cahaya kegembiraan kepada pengunjung di setiap rangkaian pusat membeli belah berkenaan.
"Acara pelancaran ini juga dijadikan inklusif yang mungkin bagi golongan autistik, dibuktikan dengan pemberian palam telinga bagi mereka yang sensitif dengan bunyi, di samping penyediaan zon senyap untuk tetamu lebih selesa menikmati majlis pelancaran ini.
"Kita juga haruslah berusaha untuk menjadi inklusif yang mungkin dengan tahap kemajuan sebuah masyarakat dicerminkan oleh sifat keterbukaan dan penerimaan anggotanya, inklusif adalah satu teras dalam organisasi kami," katanya pada majlis pelancaran Kempen Cahaya Raya di Sunway Putra Mall, di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin dan Pengerusi NASOM, Julian Wong.
Sementara itu, Yeoh berkata, program bersama golongan autisme adalah usaha berterusan Sunway Malls bersama komuniti setempat untuk membantu mereka yang memerlukan dalam setiap perayaan.
"Sebelum ini, mereka membantu barisan hadapan kita semasa (pandemik) COVID-19 dan semasa raya dahulu mereka membantu satu keluarga di Sungai Penchala untuk mengubah rumah mereka dan kali ini (membantu) keluarga yang mempunyai anak-anak autisme.
"Jadi saya melihat ini adalah satu sumbangan yang bermakna kerana ini usaha berterusan, tambahan lagi kita tahu pusat membeli-belah adalah tempat komuniti berkumpul. Sekiranya setiap pusat membeli belah mengadakan program kesedaran ini, ia akan membantu masyarakat Malaysia," katanya.
Tema 'Cahaya Raya' yang menyerikan kesemua pusat beli-belah Sunway mempersembahkan motif-motif Islamik pada gerbang masuk, ruang laluan dan pelbagai struktur yang menawan.
Arca dan karya 3D dengan unsur geometri, cahaya dan ruang juga dapat disaksikan serta elemen bulan dan bintang sebagai titik fokus pula menjadi simbol panduan dan diversiti.
Bagi memperkayakan lagi suasana 'Cahaya Raya', pengunjung dapat mengamati peragaan cahaya interaktif di setiap rangkaian pusat membeli-belah itu dengan inovasi hiasan digital tersendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Yeoh (tengah) bersama Chan (kiri) melihat terowong cahaya pada Pelancaran Sunway Mall Cahaya Raya di Sunway Putra Mall, pada Khamis. - Gambar BERNAMA
AWANI Tonight 25 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. No plans to impose congestion charge for now, says Govt
2. KL struggle with rising number of abandoned buildings, says Fed Territories Minister
#AWANIEnglish #AWANINews
1. No plans to impose congestion charge for now, says Govt
2. KL struggle with rising number of abandoned buildings, says Fed Territories Minister
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: MAHB system hacked, criminal demands US$10 mil - PM
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim disclosed that Malaysia Airports Holdings Berhad faced a cyberattack demanding USD 10 million, but the possibility of complying was immediately ruled out.
AWANI Tonight: No plans to impose congestion charge for now - Anthony
The government confirms no plans for a congestion charge in Kuala Lumpur, focusing instead on improving public transport, says Transport Minister Anthony Loke.
Consider This: Negotiating in a Politically Charged World
How can leaders negotiate effectively in high-stakes, politically charged environments? Can negotiation frameworks help leaders—whether in politics, business, or diplomacy—navigate power struggles, build trust, and turn conflict into collaboration? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Bruno Verdini, Visiting Professor at the Asia School of Business and author of the book ‘Winning Together’.
AWANI 7:45 [25/3/2025] – Selesai cara harmoni | Ketegasan kerajaan | Pengawasan sempadan berisiko tinggi | RM200,000 kutipan tabung Aidilfitiri KDA FC
- Pihak pengurusan bersetuju, kuil dipindahkan 50 meter dari tapak asal
- Sistem MAHB digodam, kerajaan tolak tuntutan AS$10 juta
- 134 pengkalan haram di sempadan negara sepanjang Sungai Golok ditutup
- Hampir setahun tak dapat gaji, pemain Kedah terima sumbangan Aidilfitri
- Sistem MAHB digodam, kerajaan tolak tuntutan AS$10 juta
- 134 pengkalan haram di sempadan negara sepanjang Sungai Golok ditutup
- Hampir setahun tak dapat gaji, pemain Kedah terima sumbangan Aidilfitri
10 Berita Pilihan - (25 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 26 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik
49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang
Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Sunway Malls lancar kempen 'Cahaya Raya' bersama komuniti autisme
Kempen 'Cahaya Raya' itu diilhamkan daripada tradisi memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan.

Normal baharu: Pusat beli-belah tingkatkan SOP, langkah keselamatan
Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkongsi langkah yang dipraktikkan oleh pusat beli belah itu sebagai persiapan pembukaan sektor peruncitan.