PELAJAR SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani, Nur Irdina Tasnim Ishak yang memegang watak ‘Irdina’ dalam filem Adiwiraku memperoleh keputusan cemerlang mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.
Nur Irdina yang memperoleh empat ‘A’ dalam SPM berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu memperoleh A+ untuk subjek Bahasa Inggeris.
Ia kerana walaupun Nur Irdina tahu telah melakukan yang terbaik dalam subjek itu, namun timbul juga keraguan akan keputusan yang bakal diterima.
“Saya tak sangka dapat ‘A+’ dalam Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan kelebihan saya di sekolah, namun wujud juga rasa takut,” kata Nur Irdina apabila dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Apabila ditanya tentang cabaran yang dilaluinya untuk berlatih atau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di persekitarannya, Irdina berkata dia sering dipandang sinis seolah-olah ia merupakan satu perkara yang pelik.
“Apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan rakan-rakan baik, saya sering dipandang serong. Ada juga yang tanya kenapa saya ‘speaking'?”
Bagaimanapun, Nur Irdina tidak pernah putus asa atau kisah dengan apa yang diperkatakan orang lain kerana dia tahu ia adalah untuk kebaikan dirinya.
Tambah Nur Irdina yang menetap di Kedah, pelajar-pelajar di luar bandar juga jarang bertutur dalam bahasa Inggeris, sehingga ketika pembelajaran mata pelajaran itu ada yang bercakap bahasa Melayu.
Menurutnya, persekitaran sebegini menyukarkan lagi keadaan kerana tidak ada pelajar yang mengambil insiatif untuk meningkatkan kefasihan mereka dalam bahasa itu.
Nur Irdina mengaku meluangkan banyak masa dengan membaca novel dan menonton filem Inggeris untuk menguasai bahasa itu.
“Ibu bapa saya sangat menggalakkan. Mereka sering belikan novel Inggeris untuk saya.
“Selain belajar di sekolah, saya juga membuat latihan tambahan. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak bantu kita,” ujarnya.
Dia juga berpendapat pelajar-pelajar di luar bandar perlu didedahkan dengan latihan kemahiran yang kritis untuk mengasah kreativiti mereka.
“Kelas pengajaran perlu lebih seronok, kalau tidak pelajar cepat bosan," cadang pelajar berusia 18 tahun itu.
Apabila ditanya mengenai penggambaran filem Adiwiraku, Irdina berkata dia pada mulanya risau kerana tidak mempunyai bakat berlakon, namun oleh kerana mereka melakonkan watak diri sendiri, ia menjadi mudah.
“Sesi penggambaran dilakukan pada cuti sekolah pada tahun lepas.
"Apabila kami dipanggil untuk filem ini, saya memang takut, tetapi apabila diberitahu kami hanya perlu memainkan watak sendiri, ia menjadi mudah dan seronok."
Irdina turut menyatakan bekas guru bahasa Inggeris, Cheryl Ann Fernando adalah sebab utama dia lebih yakin dengan dirinya.
“Cikgu Cheryl pastikan kami bertutur dalam bahasa Inggeris ketika pengajarannya dan dia sering memberi peluang kepada kami untuk meluahkan pendapat dan masalah.
“Dulu saya sangat diam. Sekarang, saya lebih yakin.”
Kohilah Sekaran
Thu Mar 16 2017

Pelajar SMK Pinang Tunggal, Nur Irdina Tasnim Ishak yang memegang watak Irdina dalam filem Adiwiraku memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. -Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.