Dengan lebih banyak kelonggaran dilaksanakan beberapa negara ketika ini termasuk Malaysia, tidak mustahil jika kita sudah boleh melancong ke negara luar seawal tahun hadapan.
Mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai idea di manakah lokasi paling menarik dan yang terbaik untuk dilawati bersama insan tersayang.
Baru-baru ini, pasangan penerbit buku terkenal, Lonely Planet, Tony dan Maureen Wheeler melancarkan senarai destinasi terbaik untuk dilawati menjelang 2022.
Antara destinasi pilihan yang diletakkan di dalam senarai buku tersebut adalah negara yang sememangnya popular sebagai kawasan pelancongan, termasuk kawasan yang mungkin agak asing bagi para pelancong.
Berikut 10 negara terbaik untuk dilawati pada 2022:
10. Mesir
Di mana terletaknya salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Piramid Giza.
9. Malawi
Dengan hanya mempunyai keluasan sebanyak 45,747 batu persegi, Malawi kadangkala boleh dibayangi oleh negara jirannya yang lebih besar seperti Mozambique dan Tanzania.
8. Nepal
Agak mustahil untuk bercakap tentang Nepal tanpa menyebut mengenai Gunung Everest. Namun sebenarnya, negara Himalaya ini mempunyai banyak lagi tawaran untuk pengembara yang tidak semata-mata melancong ke negara itu untuk mendaki gunung tertinggi dunia.
7. Oman
Anda boleh mengalami "The Empty Quarter," hamparan padang pasir tempat Oman bertemu Yaman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Itulah empat negara sekali gus -- dan anda tidak perlu mengemas pakaian.
6. Anguilla
Anguilla bukan sebuah negara secara teknikal. Walaupun begitu, pulau yang terletak di Kepulauan Caribbean akan mempersonakan orang ramai dengan keindahan yang disajikan depan mata.
5. Slovenia
Lonely Planet bukan satu-satunya yang tertarik dengan keunikan Slovenia, malah ia menjadi perhatian bagi Michelin Guide. Tahun ini, Michelin Guide mengiktiraf bintang kepada tujuh buah restoran di negara itu.
4. Belize
Ingin berenang di perairan jernih yang berwarna kebiru-biruan dan melihat hidupan liar yang luar biasa? Belize mempunyai semua ini dan banyak lagi, ia boleh diakses melalui penerbangan terus dari beberapa bandar Amerika Utara.
3. Mauritius
Persoalan yang sering dicari orang ramai menerusi Google adalah ‘Di mana terletaknya Mauritius?’ Ia terletak di Lautan Hindi kira-kira 700 batu di timur Madagascar.
2. Norway
Negara ini secara konsisten sering disenaraikan sebagai negara paling gembira di dunia. Norway bukan sahaja menjanjikan pengalaman menarik dengan keindahan semula jadi. Namun juga, dengan kisah Viking, negara mesra alam dan dipenuhi dengan pemandu kereta Tesla.
1. Kepulauan Cook
Antara 15 buah pulau di selatan Pasifik yang memenangi hati penerbit Lonely Planet kerana bukan sahaja menawarkan aktiviti air seperti snorkelling dan menyelam. Pelancong juga boleh melihat komuniti Maori di Kampung Te Vara Nui yang dikelilingi lautan biru.
Ini 10 wilayah terbaik untuk dilawati pada 2022:
1. Westfjords, Iceland
2. West Virginia, Amerika Syarikat
3. Xishuangbanna, China
4. Kent’s Heritage Coast, United Kingdom
5. Porto Rico
6. Shikoku, Jepun
7. Atacama Desert, Chile
8. The Scenic Rim, Australia
9. Vancouver Island, Kanada
10. Burgundy, Perancis
Ini 10 bandar terbaik untuk dilawati pada 2022:
1. Auckland, New Zealand
2. Taipei, Taiwan
3. Freiburg, Jerman
4. Atlanta, Amerika Syarikat
5. Lagos, Nigeria
6. Nicosia/Lefkosia, Cyprus
7. Dublin, Ireland
8. Merida, Mexico
9. Florence, Itali
10. Gyeongju, Korea Selatan
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !