Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan penyu di Malaysia, hidupan laut itu diraikan dalam satu program sambutan penyu laut di Mabul, Sabah.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk komuniti tempatan, pelancong dan juga kanak-kanak bagi mendekatkan mereka kepada hidupan marin yang semakin terancam itu.
Antara tumpuan orang ramai adalah peluang untuk melihat secara dekat projek penyelidikan mengenai populasi penyu di pulau Mabul yang dikendalikan Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS, program berkenaan juga bertujuan bagi mewujudkan kesedaran bahawa pentingnya menjaga habitat alam semula jadi penyu yang menjadi daya tarikan pulau itu ke arah mewujudkan pelancongan yang lebih mapan.
"Kita memerlukan usaha pemuliharaan penyu ini untuk mengekalkan habitat mereka untuk alam sekitar dan juga industri pelancongan" katanya kepada pemberita.
Selain itu, kanak-kanak juga dilibatkan dalam program bagi mengenali penyu laut secara dekat menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna dan pembinaan arca pasir.
Adik Adzuan, 7, yang menang dalam pertandingan mewarna menyukai penyu kerana keunikan hidupan marin itu.
"Saya suka penyu sebab ia cantik."
Manakala, Norliza, 14, berpendapat perlunya menjaga penyu untuk generasi masa depan.
"Penyu mesti terjaga kerana tidak lama lagi ia akan pupus"
Mereka merupakan antara kanak-kanak dari School Of Hope di Mabul yang turut mengambil bahagian dalam program itu.
Program Sambutan Penyu Laut Mabul adalah anjuran Borneo Divers Mabul Resort yang telah diadakan dari 18 hingga 21 November.
Program tersebut merupakan kesinambungan sambutan Hari Penyu Laut Sedunia Mabul 2013 yang diadakan pada bulan Mei lalu.
Tan Su Lin
Thu Nov 21 2013
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Sambutan penyu laut Mabul pupuk kesedaran masyarakat
Hidupan laut, penyu diraikan dalam satu Program Sambutan Penyu Laut yang diadakan di Mabul, Sabah pada 18 hingga 21 November.