Kemeriahan sambutan perayaan Krismas pasti dirasai di seluruh negara dengan kilauan lampu-lampu yang dihias indah pelbagai bentuk selain pokok-pokok Krismas.
Tidak terkecuali yang sering mendapat perhatian pada sambutan ‘Christmas Eve’ adalah Bandaraya Bersejarah Melaka yang begitu sinonim dengan elemen Portugis yang pernah menjajah negeri itu pada suatu ketika dahulu.
Siapa yang tidak kenal dengan Alfonso de Albuguerque yang tiba di Melaka pada 1511 hingga memaksa budaya kemeriahan suasana Krismas tersebut kekal terutama di Kampung Portugis, di sini saban tahun.
Malah, kemeriahan cahaya lampu dan dekorasi menarik di setiap rumah serta jalan di Kampung Portugis sempena Krismas bukan hanya diketahui oleh masyarakat tempatan turut mengundang kehadiran kira-kira 50,000 pelancong dalam dan luar negara.
Tidak keterlaluan dikatakan kampung tersebut malam tadi seolah-olah seperti bandar Hamburg, Jerman apabila suasana meriah dengan kilauan lampu dan dekorasi
Tradisi memasang lampu pelbagai bentuk di kediaman penduduk di kampung itu yang telah mula diamalkan sejak 30 tahun lalu masih dikekalkan dan berjaya menjadi tarikan utama serta memeriahkan suasana sambutan.
Menurut penduduk asal kampung itu, Sarafriderica Santa Maria, 46 tahun, dia yang membesar di kampung penuh bersejarah itu berkata, suasana seperti ini sememangnya ditunggu-tunggu, bukan sahaja ahli keluarga, malahan masyarakat luar yang menantikan kelainan saban tahun.
Sarafriderica berkata kemeriahan di kampung tersebut perlu dikekalkan dan berharap pihak Kerajaan Negeri Melaka dapat mengekalkan kawasan ini dengan adat dan kebudayaan bangsa Portugis supaya dapat menarik ramai pelancong dari dalam negeri dan luar negara.
“Kami semua akan pulang ke rumah untuk makan malam kerana ada antara ahli keluarga datang dari jauh. Mereka akan balik berkumpul.
“Saya berharap kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh mengekalkan kampung kami, budaya kami sekali gus kemeriahan sambutan Krismas yang terkenal di sini,” katanya.
Sementara itu, rata-rata pelancong yang kebanyakannya baharu pertama kali menyambut sambutan Krismas di Kampung Portugis itu terkesima dengan kemeriahan yang ditunjukkan penduduk kampung.
Bagi Nurul Kiqriah Mohd Fahmy, ini merupakan pengalaman pertamanya melihat kemeriahan sambutan Krismas di Melaka. “Ini merupakan kali pertama membawa keluarga melihat kemeriahan sambutan Krismas.
“Kita dapat lihat penduduk kampung menghias rumah masing-masing. Ia sangat cantik,” katanya.
Raffi Bachik
Mon Dec 25 2017
Kilauan lampu dan dekorasi cantik menghiasi Kampung Portugis, Melaka. - Gambar Astro AWANI
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan
Kerajaan Kelantan akan memperkasakan usaha meningkatkan kecekapan pengurusan bencana melalui pelan struktur perparitan dan saliran di seluruh kawasan yang terlibat banjir.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Sambutan Krismas di Kampung Portugis, Melaka meriah
Kemeriahan sambutan perayaan Krismas pasti dirasai di seluruh negara dengan kilauan lampu-lampu yang dihias indah pelbagai bentuk selain pokok-pokok Krismas.