SERING disebut, mimpi itu mainan tidur.
Malah ramai daripada kita yang tidak ingat apa yang dimimpikan semasa tidur, manakala ada juga sebilangan yang mengakui perkara yang melintas dalam mimpi bersifat rawak dan tidak berkaitan dengan diri sendiri atau mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun, saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah membangunkan teknologi yang disebut sebagai inkubasi mimpi bersasar (targeted dream incubation - TDI) menggunakan peranti yang dinamakan Dormio.
Dormio membolehkan mereka memusatkan perhatian seorang individu untuk bermimpi berkenaan topik tertentu.
Semasa peringkat awal tidur yang dikenali sebagai hipnagogia, kita masih dapat mendengar apa yang berlaku di dunia luar. Ketika inilah para saintis mula memberi fokus kepada satu topik atau visual tertentu.
Sistem Dormio terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah aplikasi yang boleh memainkan dan merakam audio.
Bahagian kedua adalah alat yang dipakai pada pergelangan tangan, jari telunjuk, dan jari tengah seseorang.
Peranti ini memantau degupan jantung pemakai, kedudukan jari mereka, dan petunjuk lain untuk mengesan corak tidur sampel.
Dormio aktif apabila penggunanya memasuki hipnagogia. Dalam kajian mereka, saintis menggunakan arahan lisan seperti 'cuba fikir tentang pokok' yang dimainkan menerusi peranti berkenaan dan memantau reaksi individu terbabit.
Laporan akhir kajian menunjukkan dua per tiga daripada sampel mengakui mengalami mimpi yang berkaitan dengan situasi audio yang diberikan kepada mereka ketika dalam keadaan hipnagogia.
Metodologi ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang kerap bermimpi buruk dan gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), sekali gus membantu memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang bagaimana otak beroperasi semasa tidur.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Dec 06 2020
Dormio membolehkan saintis memusatkan perhatian seorang individu untuk bermimpi berkenaan topik tertentu. - Foto/Twitter/@sparkfun
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
#ThrowbackGempak2019: 10 Lagu Paling Meletop 2019 pilihan Gempak
Mantap!