MUZIK adalah antara sebahagian daripada elemen yang melengkapkan rutin seharian manusia.
Melodi dan lirik yang indah sering dianggap sebagai terapi kepada sebilangan kita.
Kerana itu, tidak hairanlah sebuah lagu yang hadir dalam pakej yang sempurna amat mudah menangkap perhatian pencinta muzik.
Dalam konteks ini, melodi-melodi tempatan seperti juga karya-karya antarabangsa sentiasa diminati oleh pendengar dan sepanjang 2019, terlalu banyak lagu popular menjadi siulan.
Namun, daripada jumlah besar lagu-lagu yang dihasilkan komposer tempatan, terdapat sejumlah kecil yang muncul sebagai karya yang paling diminati ramai.
Gempak senaraikan kepada anda 10 buah lagu paling meletop bagi 2019.
1. Mimpi (feat. Alif) – K-Clique
Nama K-Clique antara yang paling menyerlah pada tahun 2019. Mimpi turut menampilkan penyanyi Alif merupakan hasil nukilannya bersama sebahagian besar anggota K-Clique sendiri.
Selain Mimpi, kumpulan hip hop yang dianggotai oleh lapan pemuda turut cemerlang dengan lagu berjudul Haa Tepok.
2. Sumpah – Naim Daniel
Nama Naim Daniel terus meledak tahun 2019 hanya kerana lagu Sumpah. Tambah popular apabila lagu ini dipilih sebagai lagu runut bunyi drama popular berjudul Pia yang turut dilakonkan oleh Naim.
Hasil ciptaan Naim Daniel dan Omar K, lagu ini turut tersenarai di antara 12 lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu pada Februari depan.
3. Sesungguhnya 2019 – Alif Satar dan Raihan
Antara pencetus fenomena tahun ini, lagu Sesungguhnya yang pernah popular sekitar tahun 1997.
Gabungan suara merdu Alif Satar dan Raihan ini cukup menyentuh perasaan dan mengubat rindu terhadap kumpulan nasyid popular tersebut setelah sekian lama menyepi.
4. Donde – Andi Bernadee
Tahun 2019 antara penanda aras cemerlang bagi bekas bintang Big Stage 2018 ini.
Hasil ciptaan sepenuhnya oleh Alif, lagu Donde yang disuntik elemen latin ini cukup catchy dan berjaya meletakkan Andi sebaris penyanyi lelaki berbakat besar.
5. Hutang – Floor 88
Kumpulan muzik yang dianggotai oleh enam anak muda ini berjaya membuatkan lagu ini segera meresap ke dalam minda walaupun pertama kali mendengarnya.
Lagu ciptaan Zai Hamzah, Achoi Floor 88 dan Harry Khalifah ini sehingga kini telah menerima hampir 45 juta tontonan di laman YouTube.
6. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Menjadi antara lagu balada hit tahun 2019, Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip turut terpilih sebagai lagu runut bunyi sebuah drama popular, Dia Menantu Rahsia.
Dengan lirik romantis dan melodinya yang mudah melekat di jiwa, Hafiz turut mengabadikan momen bahagia bersama isterinya, Nureffy Jasreel bersama anak lelaki mereka Muhammad Riyadh Zafri.
7. Ilusi – IamNeeta
Lebih setahun sepi tanpa sebarang produk baru, kumpulan IAmNeeta kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Ilusi.
Dihasilkan sepenuhnya oleh Patrick yang juga pemain gitar kumpulan tersebut, Ilusi mengisahkan seseorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam hubungan hinggakan tanpa sedar mengawal semua gerak-geri pasangan mereka.
8. Forevermore – Yuna
Lagu Forevermore menceritakan kisah hidup Yuna yang membesarkan di Malaysia. Daripada melodi, lirik sehingga ke video muzik, lagu ini menggambarkan keperibadian dan latar belakang Yuna!
Diilhamkan daripada melodi indah syair Melayu, lagu ini ditulis oleh Yuna, Alexandra Govere dan Robin Hannibal.
9. Hari Ini – Hael Husaini
Selepas Jampi, Hajat dan Haram, Hael Husaini tampil dengan naskhah baru berjudul Hari Ini.
Hasil gabungan Ezra Kong dan Hael sendiri, lagu bernafas romantik ini kerap menjadi pilihan pengantin baharu meraikan hari bahagia mereka.
10. Terlalu Memuja – Wany Hasrita
Lagu runut bunyi drama popular Curi-Curi Cinta ini taruhan terbaru Bintang Paling Popular 31, Wany Hasrita.
Naskhah hasil sentuhan Sharon Paul, lirik oleh Sirkhan dan Fedtri Yahya, Terlalu Memuja menampilkan sisi berbeza nyanyian Wany yang dilihat lebih matang dan mencabar.
Gempak
Thu Dec 26 2019
Daripada ratusan lagu tempatan yang dihasilkan, ini antara yang menjadi tumpuan pendengar.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Op Favish: Sesi beri keterangan hari ketiga Vivy, Fadza ditunda jam 2 petang ini
Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar akan kembali semula ke SPRM petang ini untuk disambung keterangan mereka.
Menggalakkan usaha ESG di peringkat PBT
Usaha pembangunan mampan melibatkan pihak berkuasa tempatan amat penting untuk memastikan objektif lebih besar. kini 67 PBT sudah melaksanakan laporan ESG yang boleh memberikan gambaran lebih jelas berkaitan usaha kemampanan ini.
Bolt masuki pasaran, bersaing dengan kadar komisyen rendah
Satu lagi aplikasi e-hailing baharu, Bolt bakal memberi persaingan kepada industri e-hailing.
Aplikasi 'Super App' dari Eropah dengan lebih 200 juta pengguna di lebih 500 bandar di seluruh dunia, memilih Malaysia sebagai destinasi kedua pelancarannya di Asia Tenggara selepas Thailand.
Aplikasi 'Super App' dari Eropah dengan lebih 200 juta pengguna di lebih 500 bandar di seluruh dunia, memilih Malaysia sebagai destinasi kedua pelancarannya di Asia Tenggara selepas Thailand.
Trend kewangan yang boleh menjejaskan poket rakyat
Segmen ini membincangkan laporan terkini dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang mendedahkan bahawa 53,000 individu bawah 30 tahun di Malaysia kini dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut menyatakan bahawa 28% daripada golongan dewasa yang bekerja telah meminjam wang untuk membeli barangan keperluan. Selain itu, Kementerian Kewangan melaporkan peningkatan hutang isi rumah kepada RM1.57 trilion sehingga Jun 2024. Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini dan bagaimana ia mempengaruhi ekonomi negara? Tonton video ini untuk analisis mendalam dan pandangan pakar kewangan, Faiz Iskandar.
Cabaran pembeli rumah pertama di Malaysia dan tips berguna
Pembeli rumah pertama di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran seperti mengumpul deposit 10%, mendapatkan pinjaman perumahan, dan menangani projek hartanah yang tertangguh. Dalam video ini, kita akan membincangkan tips berguna bersama Sr Mohamad Alhafiz Farouk, Pengarah Perkhidmatan Penilaian di Rahim & Co International Sdn Bhd, untuk membantu anda mengatasi cabaran-cabaran ini dan membuat keputusan yang bijak dalam pembelian rumah pertama anda.
Sejarawan Zainal Kling meninggal dunia
Allahyarham Zainal menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Shah Alam.
Beg berisi wang tunai RM1 juta hilang selepas proses kutipan
Polis terima laporan kehilangan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta daripada sebuah pusat beli belah di Ampang, petang semalam.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Andi Bernadee disihir, paku karat, katak kering 'dihantar' kepadanya
Penyanyi Andi Bernadee dedah dirinya menjadi mangsa sihir, tidak boleh tidur malam, meraung dan memekak sekuat-kuatnya.
#ThrowbackGempak2019: 10 Lagu Paling Meletop 2019 pilihan Gempak
Mantap!