KENANGAN selalunya diimbau dengan bercerita tentang apa yang berlaku sama ada pahit atau manis.
Cerita tentang masa lalu disampaikan selalunya melalui cerita lisan, yang mungkin dikenang bila melihat foto-foto lama tentang sesuatu peristiwa atau tempat.
Cerita masa lalu, ada ketikanya juga dikenang melalui penghasilan sebuah filem atau drama, yang mungkin dihasilkan untuk mencari kebenaran tentang sejarah masa lalu yang mungkin telah dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan sendiri.
Ia juga difilemkan untuk mengingatkan generasi baharu tentang kepayahan yang dialami suatu masa lampau.
Bagi anak muda usia 30 tahun, pemilik nama asal Mohamad Khiddir Baharudin yang lebih mesra dengan panggilan Kide, kenangan masa lalu diimbau dengan lukisan yang dihasilkan.
Kenangan masa lalu pula diimanginasikan dari cerita yang disampaikan oleh kedua orang tuanya.
Imaginasi anak muda kelahiran Kampung Sawah Lebar selalunya tentang kemeriahan pekan lama terutama pekan Kuala Pilah, kampung-kampung dan keharmonian masyarakat pada tahun-tahun 1950-an hingga 1970-an.
Ketika musim serba payah ini, Kide tidak hanya diam menunggu semuanya berlalu pergi. Buktinya, enam bulan yang lalu Kide menyiapkan 27 karya, 25 buah karya akrilik atas kanvas dan dua buah karya instalasi kayu yang kini dipamerkan secara maya sempena 10 tahun Segaris Art Center, sebuah galeri seni milik UiTM Holdings.
Semua 27 karya itu dihimpunkan dan dipamerkan menerusi pameran berjudul Sa-Hari-hari bermula 5 hingga 30 Julai nanti.
Namun disebabkan Lembah Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pameran ini dilakukan secara maya menerusi laman Instagram Segaris Art Center.
Ketika ditanya, Kide bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk mengadakan pameran solo terbesar sempena 10 tahun Segaris Art Center.
"Saya rasa bersyukur dan sangat bertuah kerana diberi peluang ini dan ruang untuk berpameran sejak tahun 2018 dan kali ni sangat istimewa sebab ia adalah pertama kali solo terbesar dan work terbanyak saya hasilkan untuk galleri.
"Segaris telah membawa saya dan karya-karya saya ke next level sebagai fulltime artist. Sejak tahun 2014 masa saya mula-mula menjadi freelance artist ada pasang cita-cita untuk membawa karya saya ke galeri-galeri besar seperti Segaris.
"Sekarang Alhamdulillah dah jadi kenyataan," katanya kepada Astro AWANI.
Untuk Sa-Hari-Hari, Kide masih mengekal siri imaginasi kenangan kisah-kisah di kampung-kampung dan pekan lama cuma kali ini tidak lagi hanya bertumpu di pekan Kuala Pilah sekitar tahun 1950-an hingga 1970-an, hasil dari kisah yang diceritakan oleh ibu bapanya.
Kemeriahan dan suasana cool Malaysia pada tahun-tahun tersebut dilakarkan di atas canvas untuk dinikmati peminat dan pengumpul seni.
Cerita Kide, imaginasinya terhadap pekan-pekan lama itu diperolehi hasil kembaranya mengikut jalan lama ke sesuatu destinasi yang akan melalui kampung-kampung dan pekan-pekan lama.
Jelas Kide, cerita yang disampaikan oleh kedua ibu bapanya dan pakcik dan makcik lebih menarik berbanding yang diperolehi dari buku-buku teks.
"Dulu suka buat random roadtrip dan akan ikut jalan kampung atau jalan dalam. So akan randomly masuk dan lalu di pekan-pekan kecil dan kampungkampung.
"Dari situ mula imaginasi untuk reka satu cerita berlatarkan zaman dulu kira 50-an-70an. Saya suka berlatarkan zaman itu sebab saya rasa zaman tu local culture kita nampak “real”.
"Dari cerita-cerita mak ayah dan pakcik makcik randomly jumpa dan berbual cerita-cerita ini bagi saya lagi jujur daripada buku-buku teks.
"Kadang-kadang, dari buku-buku ini penulis suka exaggerates cerita, itu lucu bagi saya. Dalam semua karya untuk show Sa-Hari-Hari ini semuanya tidak ada kena mengena dengan watak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
"Semua watak ini adalah dari imaginasi saya semata-mata," ceritanya lagi.
Untuk pameran sempena 10 tahun Segaris Art Center ini, Kide dipilih kerana kejayaan yang dicapai anak muda yang digilap menerusi program pembangunan graduan yang telah disusun sebelum ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Segaris Art Center, Nizam Rahmat, artis muda seperti Kide tentunya mempunyai hasrat untuk mengadakan pameran solo, dan kerana siri kejayaan yang ditempa Kide sejak lima tahun kebelakangan ini, peluang itu perlu diberikan kepadanya.
"Sudah tentu bagi seorang artis muda akan mengidamkan satu pameran solo yang bersepadu, yang mana dia dapat membawa satu himpunan karya dengan satu 'body of work' yang baru dengan konsep dan temanya.
"Selepas lima tahun berkarya di luar sana. rasanya sudah sudah sampai masa untuknya Kide membawa keluar karya-karya dari studionya untuk dilihat peminat dan pengumpul sini.
"Tempoh matangnya sudah sampai," katanya.
Memilih Kide membuat pameran solo sempena 10 tahun Segaris Art Center terbukti pilihan yang tepat.
Menurut Nizam, dalam tempoh lima hari, 23 dari 27 karya Kide telah berjaya dijual.
"Sambutan ini juga amat memeranjatkan kami, Kide ada auranya dan ada 'followers'nya tersendiri, itu yang kami boleh ceritakan.
"Pameran fizikal di ruang kami Segaris Art Center sekarang menjadi 'cita-cita' kami untuk masa yang terdekat, jika diberi kesempatan, kami tetap tunggu," katanya lagi.
Segaris Art Center seperti juga galeri-galeri lain yang terpaksa menempuh saat serba payah ini dengan penuh kesabaran memandangkan pameran secara fizikal sukar dilakukan.
Namun, ia bukan halangan untuk Nizam dan Segaris Art Center terus mengadakan pameran demi pameran secara dalam talian sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.
Tidak ada istilah tunggu hingga keadaan pulih, pameran mesti diteruskan dan karya-karya artist perlu dijual untuk kelangsungan hidup seniman yang mencurahkan pemikiran menerusi karya mereka.
Seniman juga seperti orang lain yang perlu makan dan membayar segala macam bil.
Segaris Art Center tidak pernah mengalah sebalik jalan terus.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jul 10 2021
Semua karya-karya Kide untuk Sa-Hari-Hari mula dipamerkan sejak 5 Julai lalu dan akan berakhir pada 30 Julai. - Gambar ihsan Segaris Art Center.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Sa-Hari-Hari dari Kide sempena 10 tahun Segaris Art Center
Imaginasi anak muda kelahiran Kampung Sawah Lebar selalunya tentang kemeriahan pekan lama terutama pekan Kuala Pilah.
Vans keluar koleksi bersama artis dari Kuala Pilah
Keluaran ini merupakan pengiktirafan kepada artis tempatan daripada jenama kasut dan pakaian dari Amerika Syarikat itu.