DENGAN ketinggian 18 meter dan berat 25 tan, robot Gundam memulakan langkah buat kali pertama di Yokohama, Jepun.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial, robot itu juga dilihat membongkok dan menggerakkan tangannya.
Robot gergasi itu dibuat dengan ciri berdasarkan RX-78-2 Gundam, yang pertama kali muncul dalam siri animasi Jepun Mobile Suit Gundam 1979, dipandu oleh protagonis, Amuro Ray.
Dicipta oleh artis animasi Jepun, Yoshiyuki Tomino dan studio animasi Sunrise, siri berkenaan menghasilkan francais bernilai jutaan dolar termasuk model Gundam, filem animasi, novel dan beberapa siri animasi.
Dipamerkan di pelabuhan Yokohama Yamashita, robot Gundam adalah tarikan utama Kilang Gundam Yokohama, yang dijadualkan dibuka pada 1 Oktober.
Acara pratonton yang sepatutnya berlangsung pada bulan Julai dibatalkan akibat COVID-19.
Menurut laman web Gundam.info, robot berkenaan adalah sebahagian daripada projek Gundam Global Challenge, yang bertujuan untuk menghasilkan "robot Gundam berukuran 18 meter yang boleh bergerak".
Agensi berita Guardian melaporkan pembinaan robot itu mula dirancang sejak enam tahun yang lalu. Ia dihasilkan teliti bagi memastikan setiap bahagian memenuhi had berat untuk mengelakkan anggota badannya melengkung, dan semua 24 bahagian yang bergerak dapat berfungsi dengan lancar tanpa masalah.
Ini adalah robot Gundam bersaiz penuh kedua di Jepun. Robot pertama dipamerkan di tepi laut Odaiba, Tokyo pada tahun 2009, sebelum diganti dengan patung Gundam yang lain pada tahun 2017.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Sep 26 2020
Dengan ketinggian 18m dan berat 25 tan, robot Gundam membuka langkah buat kali pertama di Yokohama, Jepun. - Foto/GUNDAM Factory Yokohama
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Robot Gundam 18 meter jadi tarikan Kilang Gundam Yokohama
Dengan ketinggian 18 meter dan berat 25 tan, robot Gundam membuka langkah buat kali pertama di Yokohama, Jepun.