SETIU: Lazimnya, pemetik buah kelapa muda menggunakan tangga untuk memanjat pokok tinggi, namun seorang remaja di Kampung Mangkuk dekat Penarik di sini tidak memerlukan sebarang peralatan sokongan untuk melakukan pekerjaan itu.
Lebih mengagumkan Mohammad Amin Abd Rahman, 19, mampu memanjat pokok kelapa setinggi 10 meter hanya dalam masa 15 hingga 20 saat berbanding orang lain yang memerlukan masa lima minit untuk memanjat ketinggian tersebut.
Ketangkasannya itu menjadi sumber rezeki buat Mohammad Amin hingga mampu memperolehi pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.
Mesra dengan panggilan Amin, anak ketiga dari tujuh beradik itu berkata dia belajar memanjat pokok kelapa sejak berusia 14 tahun bagi membantu bapanya Abdul Rahman Dahat, 50, yang mempunyai kemahiran sama.
"Secara purata, saya mampu memanjat antara empat hingga 10 pokok dan menurunkan antara 40 hingga 100 biji kelapa muda sehari di sekitar kampung ini.
"Kelapa muda ini dijual RM1.50 sebiji kepada peniaga di sekitar daerah Setiu dan setakat ini permintaan amat menggalakkan kerana hanya saya satu-satunya pemetik kelapa muda remaja di kampung ini," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Ditanya rahsia ketangkasannya memanjat pokok kelapa dalam masa sangat cepat tanpa sebarang peralatan sokongan, Amin berkata faktor latihan sejak usia masih muda dan teknik lekatan kaki di pokok banyak membantunya meningkatkan lagi kemahirannya.
Tinggal di Kampung Mangkuk yang diisytiharkan kerajaan negeri sebagai kampung pelancongan pertama di Terengganu juga membolehkan bakat Amin itu dikagumi ramai termasuk pelancong dari luar negara.
Amin berkata ada yang meminta izin untuk merakam gambar dan video ketika dia memanjat pokok kelapa dan menganggap momen itu sebagai 'sumbangan kecilnya' bagi memperkenalkan Kampung Mangkuk yang masih mengekalkan kebudayaan, kesenian dan warisan generasi terdahulu.
"Siapa tahu dengan video dan gambar tersebut dapat menarik perhatian mereka untuk datang ke Terengganu dan merasai sendiri kehidupan sebagai 'orang kampung' dengan alam semula jadi yang masih terpelihara di sini.
"Selain itu, ramai terkejut sebab saya panjat dengan cepat berbanding orang lain. Tambahan pula, jarang mereka lihat orang muda memanjat pokok kelapa. Ada juga cuba nak belajar, saya layan dengan cara baik kerana mereka adalah 'tetamu' di kampung ini," katanya.
Ditanya sampai bila mahu menjadi pemetik buah kelapa muda, Amin berkata buat masa ini dia masih selesa dengan pekerjaan itu kerana dapat tinggal serumah dengan keluarga dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
"Ada juga rakan dan saudara mengajak saya beralih angin mencari pekerjaan dalam bidang lain seperti perkilangan, pertukangan dan bidang kemahiran lain namun saya menolak dengan baik kerana terasa 'sayang' mahu meninggalkan kepuasan ketika berada di puncak tertinggi apabila memanjat pokok kelapa.
"Mungkin satu hari nanti saya akan mengajar orang lain pula kerana tidak mahu kemahiran ini pupus dan mereka boleh memanfaatkannya untuk mencari rezeki," katanya yang bersyukur kerana tidak pernah berdepan sebarang kejadian tidak diingini setakat ini.
-- BERNAMA / Kamaliza Kamaruddin
Bernama
Thu Mar 31 2022
"Mungkin satu hari nanti saya akan mengajar orang lain pula kerana tidak mahu kemahiran ini pupus dan mereka boleh memanfaatkannya untuk mencari rezeki," kata Mohammad Amin. - Bernama
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Buruh Bangladesh didakwa bunuh wanita Indonesia
Seorang buruh binaan warga Bangladesh didakwa membunuh seorang wanita Indonesia, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel bajet, dua minggu lalu.
MD Shimul Babu, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.
MD Shimul Babu, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.
Tindakan kurang menyeluruh bebankan keselamatan negara
Jenayah scam dalam talian disebabkan tindakan penguatkuasaan yang kurang menyeluruh bukan sahaja merugikan pengguna malah membebankan keselamatan negara.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.
1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh
Mangsa bersama rakan dari Felda Palong datang ke sungai itu untuk mandi-manda, sebelum dia dilihat hanyut ke tengah sungai akibat arus deras.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.
Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya
Menurutnya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.
Pukul bekas penyelia kerana tidak puas hati sering ditegur
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan warga tempatan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang.