Ratu cantik Thailand, Yada Theppanom, dinobatkan sebagai Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015 setelah mengalahkan 15 calon lain dari sembilan negara di sini, malam tadi.
Presiden dan pemilik pertandingan ratu cantik itu, Tan Sri Danny Ooi, memahkotakan wanita berusia 23 tahun itu.
Tempat kedua disandang oleh wanita Filipina, Alexandra Mae Rosales manakala calon Indonesia, Falentina Cotton meraih tempat ketiga.
Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan pakej kursus tata rias.
Dalam pada itu, calon Malaysia, Joey Ong Ai, 25, meraih gelaran Ratu Persahabatan.
Selain itu, anugerah lain ialah calon terbaik dalam media sosial, pakaian kebangsaan, bakat serta Ratu Anggun.
Pertandingan ratu cantik tersebut merupakan acara kemuncak majlis Anugerah Pengangkutan dan Logistik ASEAN (ATLAS) 2015, anjuran bersama D'Touch International dan Centre of ASEAN Logistics Studies (CALS).
Bernama
Fri Oct 02 2015
![Ratu Cantik Thai dinobat Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015 Ratu Cantik Thai dinobat Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81443830946_RATUCANTIK.jpg)
Peserta Miss South East Asia Tourism Ambassadress 2015 dari Thailand, Yada Theppanom (tengah) gembira setelah dinobatkan sebagai johan pada pertandingan 'Miss South East Asia Tourism Ambassadress 2015 Grand Finale'. - Foto Bernama
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544436603_MISSTOURISMINTERNATI.jpg)
Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta
Penganjur Miss Tourism International 2018 bakal memperkenalkan satu sistem pangkalan data mengumpulkan profil peserta.
![50 peserta bersaing gelaran Ratu Cantik Pelancongan 2017 50 peserta bersaing gelaran Ratu Cantik Pelancongan 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511538799_MissTourism.jpg)
50 peserta bersaing gelaran Ratu Cantik Pelancongan 2017
Sejumlah 50 peserta dari seluruh dunia akan berentap untuk merebut gelaran edisi ke-20 Ratu Cantik 'Miss Toursim International 2017' di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel.
![Ratu Cantik Thai dinobat Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015 Ratu Cantik Thai dinobat Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81443830946_RATUCANTIK.jpg)
Ratu Cantik Thai dinobat Ratu Duta Pelancongan Asia Tenggara 2015
Tempat kedua disandang oleh wanita Filipina, Alexandra Mae Rosales manakala calon Indonesia, Falentina Cotton meraih tempat ketiga.