Rakyat Malaysia harus menanam perasaan bangga terhadap batik tempatan yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Kita seharusnya berbangga dengan keupayaan usahawan batik kita yang mampu menghasilkan pelbagai produk batik yang mempunyai nilai estetika, berkualiti dan praktikal.
"Oleh itu, setiap sektor perlu bekerjasama dalam memastikan industri batik terus kukuh seiring pembangunan negara dan tidak hilang ditelan zaman," katanya ketika merasmikan Festival Viva Batik anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di sini hari ini.
Bagi meningkatkan permintaan terhadap industri batik, Musa berkata pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing.
Pada majlis itu, Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Abdul Ghani Rashid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pengerusi yayasan berkenaan Nori Abdullah.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga penaung Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016

Pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.

Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam
Usaha berkenaan dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian.

Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Batik Girl telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, baru- baru ini. Ikuti kisah menyentuh hati kanak-kanak bernama Mas.