Rakyat Malaysia didapati tidak bersenam kerana kurangnya motivasi untuk berbuat demikian.
Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos.my dan Fitness First keatas 3,779 rakyat Malaysia bulan lepas, tiga sebab utama rakyat Malaysia tidak bersenam adalah kerana kurangnya motivasi (51.32 peratus), tidak mempunyai masa dan tiada teman untuk pergi bersama.
Seramai 19.42 peratus menganggap berjalan berjam-jam di pusat membeli-belah sebagai satu bentuk senaman, purata senaman tekan tubi yang boleh dibuat tanpa henti adalah 18 kali, manakala berupaya berlari maraton dan memanjat gunung adalah antara sasaran yang ingin dicapai dalam kehidupan.
Itu adalah beberapa pandangan yang diperolehi jenama pusat kecergasan antarabangsa Fitness First dalam tinjauan sempena kempen #THATMOMENT di enam negara di Asia -- Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand.
Kempen bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai lebih daripada apa yang mereka fikirkan sukar melalui jalan kekal cergas.
"Kecergasan bukan sekadar latihan di gim dan mencapai sasaran anda. Kami percaya bahawa perasaan yang sihat memberi anda keyakinan, tenaga dan keyakinan diri untuk lebih maju dalam kehidupan," katanya.
Sebahagian daripada kempen #THATMOMENT melibatkan peraduan transformasi, dimana dua pemenang akan dibiayai untuk menyertai acara maraton Angkor Wat di Kemboja atau mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.
Bakal mengiringi pemenang dalam cabaran Gunung Kinabalu adalah atlet dan pelari kudung, CK Loh, manakala personaliti tempatan, Davina Goh, akan bersama peserta ke maraton Angkor Wat.
Untuk mempersiapkan diri bagi cabaran tersebut, para pemenang akan menjalani latihan khusus dengan pelatih peribadi Fitness First.
Lawati www.fitnessfirst.com.my/highlights/thatmoment/ untuk maklumat lanjut berkenaan kempen #THATMOMENT.
Tarikh akhir penyertaan adalah 7 Okt dan pemenang akan diumumkan seminggu kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018
![Rakyat Malaysia tidak bersenam kerana kurang motivasi - Kaji selidik Rakyat Malaysia tidak bersenam kerana kurang motivasi - Kaji selidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41497060038_exercise.jpg)
19.42 respondan peratus menganggap berjalan berjam-jam di pusat membeli-belah sebagai satu bentuk senaman. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600183795_TBRajaFara.jpg)
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
![Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576403808_TamanTasikTitiwang.jpg)
Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu
Selain penambahbaikan fasiliti, beberapa tarikan baharu turut dibina buat warga kota yang ingin meluangkan hujung minggu bersama keluarga.
![Bersenam cara saya Bersenam cara saya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365595300_120x90.jpg)
Bersenam cara saya
Namun ditengah-tengah kesibukan berkerjaya melebarkan jaringan kenalan dan mesyuarat serta diselang-seli dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam, rasanya tiba masanya untuk saya bersenam.